Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 10, 2012

Bagi Pak Din Baguslah Kalau Memang Dia Dah Berubah...

Tuduhan Terhadap Rosmah Berbeza Dengan Realiti Sebenar


alt
KUALA LUMPUR 8 Julai - Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor 'lupa diri' dengan kekayaan yang dimilikinya kini ternyata berbeza realiti sebenar.
Situasi ini dapat dibuktikan pada  Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.


Beliau (Rosmah) berkeras untuk makan menggunakan bekas makanan polistren walaupun urusetia ingin memberikan pinggan kepadanya.
alt
Beliau makan dalam bekas polistren sama seperti dengan tetamu lain yang hadir pada program tersebut.


Selain itu, beliau juga kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan kaum wanita yang hadir dan kelihatan begitu mesra melayani mereka.
alt
Sehubungan itu, bukti ini jelas menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang sering menyebarkan perkara yang tidak elok mengenai beliau.

Pada program tersebut, lebih 20,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir bersama isterinya itu. - Sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa