Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 11, 2012

Komen-Komen Pembaca Yang Manarik

Hudud: Perlu persetujuan semua pihak
NOOR AZURA SAHRIL
10 Julai 2012
Dr Mohamed
Dr Mohamed
SHAH ALAM –  Cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini perlu persetujuan semua pihak sebelum ia dilaksanakan.

Ketua Kluster, Jawatankuasa Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dalam situasi negara kini, pelaksanaan hukum hudud hanya dipersetujui oleh parti politik Islam, tetapi tidak parti bukan Islam yang menyatakan pendirian menolak hukum terbabit dilaksanakan.

Menurutnya, sekiranya kedua-dua parti bukan Islam, baik kerajaan atau pembangkang, tidak mendapat persefahaman bersama semua pihak dalam situasi ini, adalah menjadi masalah untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

“Pada konteks pelaksanaannya di negara ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan. Dalam komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP juga tidak bersetuju. Begitu juga dengan MCA dalam parti Barisan Nasional (BN).

“Justeru, melihatkan situasi itu, timbul persoalan bagaimana ia boleh dipinda, jika tiada persetujuan bersama dicapai,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohamed Mustafa berkata, soal kemampuan kepada parti yang melaksanakannya perlu juga diambil kira.

“Pelbagai pihak boleh menyatakan pandangan mereka, namun adakah parti yang berhasrat itu berkemampuan melaksanakannya? Bagaimana dengan penerimaan bukan Islam?.

“Kita bimbang, tanpa mengambil kira semua aspek, akan memberi kesan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Mustafa berkata, adalah lebih baik parti politik menumpukan sektor pembangunan negara yang akhirnya memberi kesan kepada pelaksanaan hukum hudud, daripada menjadikan isu terbabit sebagai gimik politik.

“Perlu lebih fokus kepada pembasmian kemiskinan, sifar pengangguran, jenayah serta tekankan aspek pembangunan negara. Jika semua ini diberikan tumpuan, berkemungkinan kelak hukum hudud akhirnya dapat dilaksanakan,” katanya.


Posting as Elly Dean (Change)

  • Nasr Aldeen ·  Top Commenter · Works at Muallim
    Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya cari seribu alasan untuk merealisasikan pelaksanaan hudud..

    • Abdul Kadir Muhammad ·  Top Commenter · Uni malaya
      Kalau hendak seribu daya tak hendak serib dalih. Hak Allah mesti diutamakan. Lihat aya t-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi. Itulah sikap manusia sedikit kelebihan yang diberi dia terasa hebat dan dengan segala dalihan.

  • Firdaus Yahya · Smkchaah.com
    Allah punya hukum.. perlu lagi ke nak minta persetujuan manusia atau makhluk.. ?? pelik2.. kalau bukan muslim yang cakap aku tak pelik sangat. ni yang namanya bunyi macam Islam, dalam ic pun Islam jugak tapi cakap macam tu.

    • Aque Sahaja ·  Top Commenter · Works at B-boying
      buat apa nak mntak persetujuan dari puak yg menentang perlaksanaan hukum hudud tu....laksanakan dahulu hukum tu nanti baru jadi model pada org yg bkn Islam....macam perbank kan Islam tu mula2 dia org pun tak setuju dan boikot tp sekarang nie dia org yg terkinjal2 buat urusan kat bank Islam bila dah nampak betapa hebatnya sesuatu urusan yg berpandukan cara Islam...hudud pun patut mcm tu gak bila dah di jalankan silap2 org bukan Islam pun akan mintak di adili dengan sistem hudud untuk mereka...

  • Bahar Salleh ·  Top Commenter · Works at CT hall
    dalam BN mca tak setuju.. dalam PR dap pula tak setuju.. apa kata umno dan pas bergabung..

    • Osman Samshuddin · Institut Teknologi MARA
      Ni kawe setujuk 200%.. baru islam kuat... tiada sesiapa boleh pertikaikan.... spt kaum mujahirin dan ansar bersatu... bermula lah kegemilangan islam... allah maha besar........!

    • Muhammad Fahmie ·  · KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS
      Sebenarnya kamu yang tak faham.. DAP Tak pernah membuat kenyataan ancaman jika Hukum Hudud dilaksanakan, cuma DAP tidak bersetuju jika dalam perlembagaan negara dimasukkan Hudud, DAP sndiri Hormat Pada Pendirian PAS.. Manakala dalam BN pula MCA diugut kalau BN Laksana Hudud, MCA akan keluar dari BN, kemudian hari pula Dato' Seri Najib Pula Mengeluarkan Kenyataan bahwa "Kita Tak Akan laksanakan Hukum Hudud" dan pada hujung bulan JUN 2012 Chua Soi Lek Mengeluarkan Kenyataan "UMNO Johor Sudah habis Idea, Hilang Akal" gara2 salah sorang ADUN di Johor berhasrat menyokong HUDUD.. jadi, Parti Bukan Islam yg mana menolak Hukum Hudud?.. ISLAM tak ajar pinggirkan GOLONGAN BUKAN ISLAM semata2 dia tdak faham akan hukum islam, tetapi PAS berjaya menjelaskan hukum hudud kepada DAP, tetapi UMNO-BN macam mana? kalau UMNO-BN duduk semeja dgn MCA, MIC, dll dan jelaskan HUKUM HUDUD.. Rasul s.a.w dahulu pun terangkan islam, lama-kelamaan puak kafir tunduk kepada islam..

  • Mohd Ali Abdullah · Al-Azhar University
    "lembu suka tidur atas jalan raya sebab panas tetapi bahaya banyak kenderaan yang lalu, yang kena buat undang undang ialah tuan lembu, iaitu lembu kena tidur dalam kandang. untuk buat kandang tuan lembu tak perlu minta persetujuan dari lembu- lembu dahalu, kalau tanya lembu- lembu itu, pasti lembu- lembu itu tak setuju untuk tidur dalam kandang".
    Perlukah kepada persetujuan manusia dulu untuk laksanakan undang undang Allah?

    • Wanz Mura · Universiti Malaya
      dalam byk2 masalah yang timbul, lebih baik tonjolkan dahulu hukum Islam didalam mahkamah Syariah. Undang-undang syariah Malaysia masih lemah dan dibayangi undang2 sivil atau british. Yang dalam penjara sekarang adalah org Islam paling ramai. Tinggikan martabat mahkamah Syariah berbanding mahkamah Rayuan dan mahkamah Tinggi. Untuk ingatan Malaysia adalah Negara Islam, Islam Agama Rasmi Negara.

      • Osman Awang ·  Top Commenter · Kepala batas secondry school
        Ini saorang lg prof kangkong,klu dah cetek agama tu tak usah lah nak memandai2 bercakap tentang hukum2 Allah,lebih baik duduk diam tak jd kesalahan pun

        • Mrvakoou Vimaxbrown ·  Top Commenter · Stanford University
          hang setuju tak???????

          • Lyuza Hanim · MA AL-HIKMAH
            buat hudud jangan tunggu orang kafir setuju......Allah dah kata dalam quran orng kafir x akan setuju sampai kamu ikut cara mereka....

            • JoHn Labu ·  Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
              Kalau Islam sejati pasti akan percaya hukum Allah,tak perlu beri alasan

              • Labu Ibni Labi ·  Top Commenter
                kalau dah otak bukan islam....macam2 alasan .

                No comments:

                Post a Comment

                Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa