Pagi ni saya ke pasar bersama isteri membeli keperluan lauk pauk untuk bekalan seminggu. Apa yang kami beli bagi saya tidaklah banyak sebab kami hanya makan berdua suami isteri saja. 'Adik' anak kami yang bungsu memang tidak makan nasi dan tidak pernah menjamah nasi. Dia makan roti dan mee sahaja.
Yang membuat saya berfikir ialah harga yang dibayar agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan yang sudah-sudah.
Bagaimanalah agaknya kehidupan orang-orang yang kurang mampu dan beranak ramai pula. Aduiii sedihnya bila kenangkan semua itu...
Pagi ni kami beli sekilo ikan selar kuning,
Sekilo ikan tamban licin/beluru,
Sekilo ketam,
Setengah kilo udang,
600 gram ikan bawal,
Ayam 2.5 kilo
Kelapa dan sayur bayam merah.
Agak memeranjatkan semuanya RM107.00!
Ituhanyalah keperluan seminggu untuk dua orang. Kalau yang beranak lima atau enam macam mana?
Kalau zaman Pak Lah dah terasa beratnya
Di zaman Najib lagilah peritnya!
xpe...nnt menteri yg berkenaan akan bg statement hrga kat negara kita masih murah kalau nak dibandingkan dgn negara lain pastu diluar bidang kuasa kerajaan utk mengawal kenaikan tsb....hampehhhhh
ReplyDeleteSaya sokong BN ??????
ReplyDeleteanak jawa johor
ReplyDeleteNak sokong mana-mana itu hak masing-masing...
anon 6:07
ReplyDeleteItulah lagu dan irama lama yang sentiasa didendangkan!