Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 8, 2012

Di Sebalik Penjelasan Terselit Marah....

September 08, 2012
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Mengulas laporan dalam The Malaysian Insider semalam yang bertajuk, "Asri selar ulama Umno membisu dalam isu melibatkan parti tersebut" bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan tentang pendirian 'double standard' oleh sesetengah ulama muda dalam isu menyuarakan pandangan agama.

Dr Asri juga berpendapat susulan laporan tesebut, ramai tersalah tafsir akan penulisannya dalam laman web rasmi www.drmaza.com dan menegaskan kenyataannya dalam artikel "Politik Caca Merba" tidak menujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya lebih mengkhususkan kepada umum.
"Saya jelaskan disini pandangan saya tidak terarah kepada mana pihak tetapi ia ditujukan secara umum amnya.

"Perkara yg saya bangkitkan adalah mengenai pendirian double standard oleh segelintir pihak dalam menyuarakan pandangan agama," kata Dr Asri (gambar) ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider pagi tadi.

Dalam laporan semalam yang bertajuk, "Asri selar ulama Umno membisu dalam isu melibatkan parti tersebut" Dr Asri dikatakan  menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri di laman rasminya.

Dr Asri juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan  lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” tulisnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa