Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 27, 2012

PRU 13: Semua Kemungkinan Akan Berlaku

Saya setuju dengan pandangan di bawah
Dan pada saya bukan hanya di Kelantan. 
PR mesti berwaspada. Hentikan polemik bodoh yang memberikan impak dan persepsi 
negatif kepada pengundi

Memang penyokong amat ghairah
Tetapi harus diingat, BN bukan sebuah parti 'Budak Hingusan' 
Mereka memang sudah masak dengan tipu helah dan sepak terajang politik
Lagi pun 'Matlamat menghalalkan cara' adalah pegangan mereka

Tidak Mustahil PAS Kalah Di K'tan PRU 13 Ini?

KL: 27 Sept 12: Tidak Mustahil PAS kalah di Kelantn dalam PRU 13 ini, berikutan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan kuasa parti itu akan hilang pada pilihan raya akan datang.

Demikian kenyataan editor weblog Ibnu Hasyim Dr HJ Mohd Hasyim (gambar) di sini sebentar tadi.

"Saya sokong pandangan Ketua Penerangan PAS/Kelantan Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan yang berkata, keputusan berkenaan akan berubah dari masa ke masa berdasarkan trend tertentu dalam polemik politik semasa. Jadi tidak mustahil PAS kalah di Kelanan dalam PRU 13 ini.." kata Hj Mohd.

Menurut Mohd Fadhli sebelum ini, hasil kajian itu tidak boleh dianggap secara jelasnya akan menentukan masa depan pemerintahan Pas sejak 22 tahun di Kelantan kerana jangka waktu penentuan masih panjang untuk menjawab segala-galanya. Walaupun begitu beliau menghormati dan menilai kajian yang dijalankan tersebut dalam bentuk positif terhadap kelangsungan kuasa Pas di Kelantan.

Jelas Hj Mohd lagi, "PAS tidak boleh pandang ringan kelemahannya, mahupun kelebihan parti lawan bila melihat keputusan kajian Umcedel yang menggambarkan trend sokongan BN di Kelantan positif pada PRU13 nanti. Lagipun sekarang ini, dikatakan trend rakyat mahu mengubah kuasa di peringkat pusat."

Walaupun begitu, Mohd Fadhli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, mahukan penjelasan lebih menyeluruh aspek kajian termasuk jumlah responden, variasi responden dan sudut persoalan dikemukakan kepada individu terlibat. Beliau tidak perlekehkan kajian ini, kalau boleh Pas Kelantan mahu melihatnya dan bagi PAS, ini adalah salah satu kajian daripada beberapa pihak di negara ini terhadap perkembangan politik di negeri. 



Jangkaan BN menang di Kelantan bertambah baik 
Kajian jangkaan BN menang pada PRU ke-13 di negeri Kelantan bertambah baik.

"Sudah tentu kenyataan ini tidak akan melemahkan PAS, bahkan ia memberi keazaman yang lebih kuat kepada jentera parti, untuk terus bekerja keras memastikan BN tidak boleh merampas Kelantan di bawah kepimpinan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."Jelas Hj Mohd lagi. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa