Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 26, 2012

Panglima Katak Sudah Marah Ooooo......

PERKASA ancam pulaukan Suria KLCC

Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.

Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.

Beliau juga mendakwa, pihak pengurusan Suria KLCC memberi amaran akan menaikkan sewa daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika beliau tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.

"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita 'window shopping'.

"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata ibrahim.

Menurutnya lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen ke-Melayuan jika mereka bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC. 

"Kita belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang bukan Melayu sahaja," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu. 
mk

4 comments:

  1. sang katak mau tiru ahmad nisfu lah ambil bau saja ! peerah katak ooi sapa la heran sama lu ! ABU jangan lupa ,katak lupa tak apa !

    ReplyDelete
  2. Amuraria

    Sekarang musim hujan. Jadi masa ni katak berkubang dan berkokok!

    ReplyDelete
  3. apa yang hang nakmarah sangat tu Bang Brahim..itu kan KLCC..di bina untuk memartabatkan bangsa melayu..meletakkan Malaysia di mata dunia..so kalo pun peniaga melayu dalam tu di hina dan di haramkan berniaga...bukan ke martabat meyau dah di naikkan dan Malaysia dah dipandang dunia...tujuan tu dah tercapai kan..negara pun aman damai..bersyukur lah bang Brahim oii..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa