PR masih belum menerajui kerajaan, macam mana nak laksanakan?
Realistik atau tidak pastinya kena tunggu PR berkuasa!
Itulah masalahnya bila sibodoh tak tahu dirinya bangang!
September 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR)
yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan
sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan
Nasional (BN).
Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.
“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?
“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.
Jelasnya, bajet itu adalah “tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.
“Ia (bajet) membuatkan saya ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.
“Bukan seperti BN, kami melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri” dengan pengumuman bajet tersebut.
“Semua dia nak, perdana menteri, menteri kewangan, buat bajet, beliau seperti syok sendiri,” katanya lagi.
Sementara itu, ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun menegaskan, idea PR untuk menghapuskan
Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam bajet tersebut bukan sesuatu yang praktikal kerana hanya akan mengakibatkan projek sedia ada yang sedang dibangunkan akan terbengkalai.
Pengerusi Skim Permodalan Nasional Berhad (SPNB) ini juga menegaskan cadangan itu lebih kepada menghentam dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat
“Proses yang dilaksanakan kerajaan itu adalah proses percambahan untuk memperbanyakkan lagi syarikat bagi membolehkan lebih banyak projek kerajaan dapat disiapkan.
“Ia juga dapat mengelakkan monopoli kerana setiap projek perumahan dan apa yang cuba dijanjikan pembangkang melalui bajet bayangan mereka itu hanya akan akan mewujudkan unsur yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.
Dalam pembentangan bajet mereka hari ini, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia.
Ketua Pembangkang itu berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Perdana Menteri juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan pada Jumaat ini yang berkemungkinan untuk menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.
Pakar ekonomi berkata Najib akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah bertarung dengan kenaikan harga barang.
Anwar dan Najib dilihat menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan yang drastik.
Najib perlu melaksanakan pilihan raya ke-13 hingga April tahun depan namun telah pun mengumumkan beberapa siri pemberian tunai, termasuk RM2.6 bilion tunai kepada keluarga berpendapatan rendah.

Bukan Bajet Bayangan tapi Bajet Pancing Undi..konon mereka leh buat lebih baik dari BN.
ReplyDeleteKelantan, Penang, Selangor, Kedah dalam penguasaan PAKATAN..apa dah mereka buat?
Anon 10:48
ReplyDeleteKedua-duanya bajet pancing undi
Cuma Anon tak payah masuk ke kandang yang sama.
Di negeri pakatan memang tak banyak yang boleh dibuat sebab kerajaan pusat sejak dulu lagi sekat peruntukan yang sepatutnya jadi hak kerajaan negeri.
Itu pun bila kerajaan BN tertiarap di Kelantan, mereka tinggalkan hutang sebanyak RM700 juta dan kerajaan PAS saekaranglah yang melangsaikan sehingga berbaki tak silap saya lebih sikit dari RM100 juta. Ini bermakna kerajaan BN sebelum ini (Mad Yaacoblah) tahu hanya berhutang dan berbelanja tetapi tak tahu membayar!
Jadi sebelum kata dan tuduh selidik dulu sebab dan mesababnya. Jangan keluarkan statements bodoh macam mereka!
SPNB = Syarikat Perumahan Negara Berhad
ReplyDelete