Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 26, 2012

Jangan Buat Lawak Wehh.... Bikin Jerung UMNO Kecut Perut!

Inilah salah satu sebab puak-puak UMNO terlalu takut terutama Mahathir
Tuulah sebabnya sekarang ni Mahathir meracau di merata tempat siang malam
Ha..haa..dia ni jenis kasyaf yang boleh nampak apa yang akan berlaku di masa hadapan sekiranya BN tumbang

Sendiri berak sendiri beringat weh...sendiri pijak nanti reput kaki!

Suruhanjaya Siasat Skandal BN Jika PR Tawan Putrajaya




Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.

Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.

“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.

“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.

8 comments:

  1. wakaka.. tu yg dok merapu sana sini

    ReplyDelete
  2. terbaik,biar mamak kutti tu merapu meraban tak tentu hala ! baru nanti tahu apa itu kebenaran,apa itu ketelusan & apa itu bikin fitnah jadi fakta ! ini fakta bukan fitnah akan disiasat sehabis-habisnya ! mana mau lari aa ? moga hasrat pr tercapai menuju putrajaya ! ABU !

    ReplyDelete
  3. Hajat hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai

    ReplyDelete
  4. Amuraria

    Nasib dialah orang lain semakin tua semakin tenteram dan damai tapi dia semakin tua semakin gundah gulana dan semakin kacau

    ReplyDelete
  5. Anu War

    Zaman sekarang orang dah tak nak peluk gunung tetapi beli gunung - Tengok genting, kan taukeynya dah kaya raya sampai ke keturunan!

    Melayu dok asyik perlecehkan Tuhan...

    ReplyDelete
  6. Itulah satu dpd siksa yg Allah turunkan kepada dia... Maqbul doa arwah Ust Fadzil Noor... Dia terus dipinjamkan nyawa supaya dapat lihat sendiri hasil perbuatan tangannya 22 tahun memerintah..Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete
  7. baretta

    Masa dia berkuasa dia banyak balakan orang, tekanjangkan orang, aibkan orang. Sekarang giliran dia pula menelanjangi diri sendiri, membuka pekung sendiri dan aibkan diri sendiri. Allah Maha Adil!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa