Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 22, 2012

Kesian..... Abe Jib Merayu Lagi Beb!


PM: Saya bawa perubahan, tak perlu Pakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, BN bawah pentadbirannya membawakan perubahan sebenar dan oleh itu rakyat tidak perlu mengambil risiko dengan berubah demi janji-janji pembangkang.

"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita membawakan kemajuan sebenar dan perubahan di negara ini," katanya dalam perhimpunan 3,000 orang alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di ibu negara.

NONEPerkara ini, katanya, bertentangan sama sekali dengan janji pembangkang yang tidak tentu.

"Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar.

"Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya.- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa