ABU:Nak kata cerdik ka bodo tak tau? Nak bantah pada orang yang mencetuskan isu sebenar atau pada Koo Ham yang sudah memohon maaf dan DAP? ABU Lebih hangat hati dengan ucapan pemimpin Melayu Islam UMNO yang menghina Islam sejak dulu kini dan mungkin selamanya.
Saya tambah: Apa hak Pemuda UMNO menyibuk tentang rumahtangga orang apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat?
Mereka tidak faham ke yang hanya Ahli PAS sahaja yang berhak mendesak PAS dan Pucuk Pimpinannya
Kecewa tweet Ngeh, Pemuda Umno desak Pas keluar Pakatan
21 September 2012
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mendesak Pas keluar dari gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) berikutan tindakan salah satu parti dalam perikatan tersebut yang disifatkan menghina agama Islam.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas gagal mendapat sokongan daripada sekutunya walaupun hanya dalam perkara asas iaitu agama.
"Saya amat amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (Pas) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.
"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (Pas) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy yang ditemui pemberita selepas selesai mengetuai perhimpunan aman yang mengecam filem dan karikatur yang menghina Islam di Kampung Baru, petang ini.
Menurutnya, jika perkara asas seperti agama ini parti DAP tidak menunjukkan rasa saling menghormati,sudah tiba masa bagi Pas untuk keluar dari PR.

"Ini perkara asas, bukan soal hudud atau soal yang sukar. Jadi, kalau DAP tidak dapat memahami atau menghormati tujuan kita berhimpun, saya rasa inilah masanya Pas keluar dari PR," katanya.
Tambahnya, "kita nak berhimpun bukan untuk ganggu orang, juga bukan untuk bertindak ganas."
"Ia untuk nyatakan bantahan terhadap penghinaan agama kita. Tetapi nampaknya DAP tak faham," katanya.
Tambahnya, "kita nak berhimpun bukan untuk ganggu orang, juga bukan untuk bertindak ganas."
"Ia untuk nyatakan bantahan terhadap penghinaan agama kita. Tetapi nampaknya DAP tak faham," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menggemparkan negara dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter miliknya yang dikatakan tidak menghormati agama Islam.
Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.
Di Ipoh sendiri, sehingga jam 3 petang tadi, empat laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 september lalu.
Semalam, Koo Ham meminta maaf kepada umat Islam berhubung kenyataannya itu.
Semalam, Koo Ham meminta maaf kepada umat Islam berhubung kenyataannya itu.
Salam Tuan Mountdweller.
ReplyDeleteDah jadi trend pemuda-pemuda UMNO buat demo bagi menunjukan bahawa UMNO masih kuat walaupun sebenarnya UMNO ketar lutut untuk menghadapi PRU 13 nih.
Selagi banyak demo dibuat, lagi banyak undi bukan Melayu tidak menyokong BN.
w'salam gmu
ReplyDeleteHa.. memujuk hati yang gundah-gulana. Menunjukkan semangat dengan hati yang gementar!