Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 26, 2012

Maka Jadilah Dua-Duanya Bahlol!

Pada mulanya malas aku nak layan
Tapi baca dan renung naik begang dan meluat pula
Nak tak nak kenalah layan untuk menyejukkan hati

Ko tengok dengan telatah ngok ko orang berdua, sape yang untung? 
Guan Eng, ko tak pasal-pasal keluarkan isu tu watpe? 
Dan bagi statements kat Utusan pulak tu.

Sipendek mulut besar ni pulak takyah nak komen apa-apa tentang diala.. 
Tunggu masa jer nak buat kecoh supaya UMNO dapat modal! 
Sedar tak sedar di akhirnya penyokong naik menyampah dengan kerenah mereka ni dan aku rasa itulah yang Nasha nak 

Guan Eng: Nasha macam ejen Umno

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata mantan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.
NONE"Sewaktu beliau jadi timbalan presiden PAS, tiada masalah (dengan DAP). Sekarang bila sudah tak jadi timbalan presiden PAS macam ejen Umno, cakap lain pula.

"Mengapa sekarang (bila) tak jadi presiden PAS timbul masalah?," kata Lim ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Lim seterusnya mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.

"Mungkin beliau harus tanya soalan ini kepada Umno, apa pendirian mereka tentang hudud?," kata MB Bagan itu.

Nasharuddin dalam sidang medianya pagi tadi menggesa Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.

MP Bachok itu menimbulkan gesaan tersebut berdasarkan satu laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Lim bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.
NONENasharuddin gagal mengekalkan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PAS yang lalu.

Jawatan itu kini disandang Mohamad Sabu sementara seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai ketua penerangan PAS.

Nasharuddin kemudiannya dilihat mesra dengan Umno dan sering mengeluarkan kenyataan yang mengkritik DAP kerana menolak pelaksanaan hudud.

Malah, beliau turut membuat kenyataan melalui stesen TV3 supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.

Kenyataannya itu menyebabkan beliau dirujuk beberapa kali ke mesyuarat pimpinan tertinggi PAS, namun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat terakhir majlis syura ulama parti itu pada awal bulan ini mengumumkan bahawa Nasharuddin kekal dalam parti itu.

2 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Tue la masalahnyer.. pemimpin nih suka bebenor bagi statement... plak tue tak kaji dulu buruk baik statement tue...

    Atau diorang nih memang ader agenda kot... macam Nasharuddin Mat Isa tue dah confirm UG.... hahaha

    ReplyDelete
  2. C++

    Memanglah SiNasha ni memang dah boleh agak, siapa dia sebenarnya. Tunggu peluang saja. Sebenarnya PAS pun satu hal, gagal bertindak setidak-tidaknya bisukan dia.

    Yang Guan Eng pun satu hal. Fikirlah sikit sentimen kawan dan janganlah berikan ruang kepada musuh!

    Nak kata bodoh, kedua-duanya bukan tak sekolah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa