Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 20, 2012

Atas Dasar Agama Dan Tujuan Yang Sama Pun Tak Boleh Bersatu Ke?

Pada saya tidak payahlah terlampau meletakkan kepentingan politik terlalu ke depan. 
Ini bab agama dan maruah. Buatlah dengan bersungguh dan ikhlas. 
Apa pandangan dan persepsi agama lain terhadap kita?

Pemuda Umno, PAS tetapkan demo berasingan

Hasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan.


NONEBagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.


"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini.


Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu".


"Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya. - mk

2 comments:

  1. dah lama dah macam ni tak kan tak faham lagi.jangan terpedaya dengan puak yang sudah dikenali.

    ReplyDelete
  2. Anon

    Pada saya kepentingan politik sepatutnya kebelakangkan dulu. Imej kita sebagai umat islam mesti dijaga terutama di mata orang bukan islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa