Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 24, 2012

Bukankah Mengong Namanya?

Terbalik Kuang-Kuangggg...... lepas ni  pasti UMNO tuduh Lim bela Soros pula!
Dan memang Soros sponsor DAP dan PR......kah..kaahh...... 
Ooii.... dengarla weehh!

Rugi RM5.7 bil: salahkan Soros, angkat orang BNM

"Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian (Bank Negara Malaysia melalui dagangan pertukaran asing) RM5.7 bilion dinaikkan pangkat?"

Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.

Menuding jari kepada Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.

Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Bank Negara rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa