Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 23, 2012

Anak Sape Bangang Melambung-Lambung Nih? Tak Berbaloi Mak Bapak Belikan Susu!

Dengar kenyataan ni cucu aku yang tengah merangkak gelak terguling-guling!

Elok benarlah tu, laporan pun dimuatkan di dalam akhbar 'ulat taik'

Utusan: Yahudi 'iri hati' M'sia miliki Scorpene

Bekas orang kanan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan portal berita Malaysiakini menjadi "tali barut" Yahudi demi menggagalkan usaha Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.

Laporan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyebut, Anuar mengemukakan alasan bahawa NGO yang memfailkan saman di mahkamah Perancis ke atas pembuat Scorpene itu menerima dana daripada Open Society Institute.

Jelasnya, insititut berkenaan diasaskan jutawan George Soros yang berketurunan Yahudi.

Beliau turut memberi alasan bahawa National Endowmen for Democracy yang turut menyalurkan dana kepada Suaram juga dipimpin oleh seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

"Ini kerana sudah pasti anggota Suaram diberi imbuhan yang amat lumayan untuk menjadi tali barut Yahudi dan najis masyarakat," katanya seperti dipetik Utusan.


Anuar juga menyalahkan "pembuat kapal selam Yahudi dari barat" yang bertindak "tidak bermoral" dengan "menyerang" syarikat pembuat kapal selam Scorpene, DCNS.
Beliau mendakwa pembuat senjata berkenaan "iri hati" kerana Malaysia tidak membeli kapal selam daripada syarikat Yahudi.

"Kita tahu di Amerika Syarikat industri pertahanan rata-rata mempunyai kaitan dengan Yahudi."Mereka juga membiaya Suaram dan portal berita propembangkangMalaysiakini bagi tujuan sama agar negara tidak memiliki kapal selam dari Perancis kerana bimbang dengan serangan politik dan sebagainya.

Laporan itu juga memetik Anuar sebagai berkata:Mahkamah Perancis pada Mac lalu menerima kes difailkan Suaram yang mendakwa pembuat kapal selam itu, DCNS, membayar jutaan ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.

Bagaimanapun, tiada seorangpun menteri Malaysia memberi keterangan di mahkamah berkenaan bagi menafikan dakwaan tersebut. - mk

6 comments:

  1. nak mengampu pun biarlah cerdik.

    ReplyDelete
  2. Salam Moundweller

    Yong kata ngok bapak budak ni. Kesian anak-anak dia. Harap mereka tak ngok macam bapaknya, walaupun sama-sama makan duit haram hasil mengampu peminat apco!

    ReplyDelete
  3. Anon

    Kalau pun bodoh, janganlah tunjuk!

    ReplyDelete
  4. W'salam Yong

    Kalau dah makan hasil yang tak tentu hala, mana ada barakahnya.

    Kalau anak jahat dan bodoh, jangan salahkan anak dan takdir...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa