Dakwaan pendapatan rakyat S'wak naik 50 kali dipertikai
"Saya cabar Taib kemukakan fakta bagi menyokong dakwaannya," kata Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kanan).
Taib yang juga anggota parlimen Bandar Kuching sebaliknya berkata, pendapatan rakyat Sarawak hanya meningkat empat atau lima kali.
"Graduan baru kejuruteraan dengan JKR pada 1963 mendapat RM400 sebulan berbanding jurutera dengan JKR hari ini dibayar RM2,000 sebulan, peningkatan lima kali ganda," kata Chong.
"Secara umumnya tahap pendapat rakyat Sarawak meningkat hanya lima kali ganda.
"Ia tidak seperti dakwaan Taib, kecuali jika dia bercakap berkaitan pendapatan anggota keluarhanya yang saya percaya antara 5,000 hingga 50,000 kali ganda."
Taib dalam ucapan sempena Hari Malaysia dilapor berkata, jika Sarawak terabai seperti dakwaan pembangkang, pasti negeri itu tidak dapat meningkatkan pendapatan modal rakyat kepada 50 kali ganda dalam tempoh 50 tahun.
Justeru, ketua menteri berkata BN harus terus membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 kerana ia terbukti berjaya mentadbir negara dengan baik.- mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa