Suaram Buat Laporan Polis Terhadap Menteri
KUALA LUMPUR – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan membuat laporan polis ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.
Suaram melalui satu kenyataan mendakwa, laporan polis itu dilakukan kerana mendakwa Ismail Sabri telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai seorang menteri dalam siasatan ke atas Suaram.
“Suaram akan membuat laporan polis kerana penyalahgunaan kuasa beliau sebagai seorang menteri dalam mempengaruhi proses penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” dakwa kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri pada 18 September lalu memberi kenyataan kepada pihak media bahawa Suaram akan didakwa pada minggu ini.
Dakwa kenyataan itu, menteri tidak boleh memberi keputusan bahawa SUARAM akan didakwa sedangkan penyiasatan masih berlangsung.
Tambah kenyataan itu, tindakan tersebut menunjukkan penglibatan bermotifkan politik dalam proses penyiasatan yang dilakukan ke atas Suaram. - sumber
PERKASA yang ahlinya terdiri dari kalangan barua-barua upahan UMNO boleh lah kamu nak bodohkan aduhai Menteri Kong Kali Kong.... Ini SUARAM lah, NGO ini tak akan terima kain pelikat dan nasi bungkus serta tambang bas RM20.00 dari Menteri UMNO. Mereka adalah sumber inspirasi Rakyat Malaysia Yang Dizalimi oleh Pemimpin Melayu UMNO Haramjadah.
ReplyDeleteAnon
ReplyDeleteSepatutnya nak bangang pun jangan terdedah sangat. Jangan orang tahu!