'Video polis' ditayang di siasatan BERSIH
- Koh Jun Lin
- 11:46AM Sep 25 2012
Seorang anggota sekretariat panel siasatan berkata pihak polis telah menyerahkan rakaman tersebut.
Pengerusi panel siasatan tersebut, Khaw Lake Tee (kanan) kemudiannya meminta ACP Mohamad Zulkarnain Abd Rahman untuk mengesahkan sama ada klip tersebut daripada pihak polis.
Bagaimanapun, ACP Zulkarnian berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ia atau tidak apabila soalan itu diajukan lagi selepas video tersebut dimainkan.
Zulkarnain, yang merupakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai pemerintah kawasan Dataran Merdeka semasa perhimpunan pada 28 April itu, berkata beliau tidak melihat video tersebut ditunjukkan di mana-mana mesyuarat pihak polis.
Klip sejam selama sejam itu telah ditandakan untuk identifikasi kemudiannya dan hanya akan dianggap sebagai bukti jika seorang saksi boleh membuktikan kesahihannya.
Logo polis dipaparkan pada permulaan dan di akhir rakaman, yang merupakan kompilasi klip pendek peristiwa penting sebelum dan semasa perhimpunan itu. Ia bermula dengan bantahan "Occupy Dataran" oleh pelajar dua minggu lebih awal.
Klip tersebut pada umumnya berkualiti tinggi dan jelas, dan disertakan dengan kapsyen mengenai masa dan lokasi setiap kejadian yang berlaku. - mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa