Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 22, 2012

Apa Masalahnya? RM400 Juta Bukannya Banyak Bagi Keluarga Qarun Sarawak Nih!

Kes tuntutan mutaah RM400 juta anak KM S'wak terus

Kes tuntutan perkahwinan antara anak Ketua Menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isteri Shahnaz Abdul Majid bernilai RM400 juta mutaah dan pembahagian aset bersama dijangka bersambung di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Ini ekoran tiada tawaran penyelesaian luar mahkamah daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang berpanjangan itu sejak Shahnaz - kakak kepada ratu Jazz Sheila Majid - memfailkan permohonan tahun lalu.

Peguam Shahnaz ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu semalam.

Menurut peguam Rafie Mohd Shafie, seorang lagi anggota pasukannya Akbardin Abdul Kader sudah menghubungi peguam Mahmud semalam tetapi masih tiada tawaran dibuat.

"Oleh itu, kita akan hadir untuk pendengaran pada tengah hari Isnin, tiada tanda-tanda penyelesaian luar mahkamah dapat dicapai.

"Bagus juga Malaysiakini ketengahkan isu aset Ketua Menteri Taib Mahmud baru-baru ini," katanya sambil berkata ia mungkin membantu dalam kes Shahnaz.- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa