Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 7, 2012

'Hidayah Itu Adalah Hak Aku'

Sebelum ini saya tak pernah perasan tentang kecantikan Abby dan Aishah. Cuma saya sukakan suara merdu dan nyaring yang dimiliki Aishah.

Abby pula saya memang kurang berikan perhatian kerana saya tidak suka lakonannya di dalam Grak Khas yang mengagungkan Polis yang bagi saya agak tidak berpijak di bumi nyata .
Saya hanya tahu Abby juga bekas penyanyi hanyalah apabila diberitahu oleh isteri saya. 

Saya tertarik untuk tahu dan tengok gambar mereka bila mereka sudah bertudung dan menyertai PAS. Itu pun bila ada terbaca laporan yang mereka berceramah sepentas dengan pimpinan Ulama PAS.

Saya doakan semoga mereka Allah kekalkan kecantikan mereka Rohani dan Jasmani.
Insya Allah. 

Tajuk di atas adalah firmanallah yang saya ingat dan saya kaitkan dengan N3 di bawah yang saya bawa dari blog Nizar


Thursday, 6 September 2012

Perihal Abby Abadi dan ulama muda

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

3 comments:

  1. salam tuan...saya seronok membaca tulisan tuan. saya gembira kerana kita berada di atas satu kapal yang sama...saya rasa terharu kerana tuan juga sama2 seperti saya menyokong perjuangan islam...alhamdulillah...semoga ramai lagi akan terbuka hati untuk menyokong perjuangan berlandaskan islam...maafkan saya,cuma saya terlihat beberapa keping gambar anak2 perempuan tuan yang comel2 di blog ini...semuanya cukup manis, tetapi saya rasa lebih manis seandainya anak tuan yang bongsu bertudung litup...lebih manis dan sekaligus dapat meringankan beban tuan daripada menanggung dosanya yg tidak menutup aurat kerana saya rasa di masih belum bersuami dan masih berada di bawah tgunjwab tuan sebgai seorang bapa dan pemimpin keluarga tuan... maafkan saya jika tuan tersinggung dgn kata2 saya...saya suka dengan gaya tulisan tuan...semoga tuan dan saya dapat menjadi seorang muslim yang lebih baik...assalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. taufik dan hidayah itu hak Allah SWT,syurga neraka juga hakNya siapa yg hendak dimasukan kedalam syurga dan siapa yg IA hendak masukan kedalam neraka juga terpulang kepadaNya,begitu juga siapa sangka Abby akan berubah dari seorang artis yg glamour kepada seorang yg cintakan agama dan begitu juga siapa sngka fathul bari seorang ilmuan agama boleh jatuh kedalam tong taik.

    ReplyDelete
  3. W'salam Anon 8:38

    Terima kasih di atas peringatan saudara. Memang saya sedar dan memang kerap saya nasihat dan membebel. Tapi buat masa sekarang masih lagi tenggelam timbul. Di tempat kerja bertudung tapi bila pulang ke rumah balik jadi 'unta'.

    Saya berdoa semoga satu masa nanti dia akan berubah sepenuhnya.

    Terima kasih sekali lagi dan saya cukup menghargai peringatan saudara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa