Tapi kenapa yang tunjuk punggung di buru macam babi
Dan yang jadi anjing kencing pada gambar pemimpin pembangkang tak dak siapa pun kata apa
Baik polis atau mana-mana pemimpin kononnya memperjuangkan Islam melalui Melayu
Semuanya layu dan bisu
Memang sah berperangai binatang, bersikap setan!
PM sedia terima permohonan maaf ayah pelajar tunjuk punggung
September 06, 2012
BESUT, 6 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah kepada seorang remaja
yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji
Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos
lepas.
"Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut.
Media hari ini melaporkan permohonan maaf ayah kepada seorang pelajar lelaki kolej swasta yang menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian itu.
Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.
Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusanmemberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan. — Bernama
Polis nafi pilih kasih siasat insiden gambar

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.
Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.
"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.
"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.
Semalam, seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditangkap kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri minggu lalu.
Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas percakapannya dirakam polis.
'Isu lambat bertindak tak timbul'
Polis kemudian meminta orang ramai mengenal pasti sepuluh individu lain yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden tunjuk punggung itu.
Dua daripada mereka, seorang model sambilan dan seorang pelajar kolej menyerah diri selepas gambar mereka tersiar.
Sementara itu, ditanya tidak bertindak awal mencegah perhimpunan itu, Mohmad berkata perkara itu tidak timbul.
Lagi pun, tambahnya, polis ditugaskan menjaga Dataran Merdeka dan bukannya Dataran DBKL - tempat perhimpunan itu berlangsung pada 30 Ogos.
"Kejadian malam itu bukan berlaku di Dataran Merdeka (seperti rancangan awal penganjur) tetapi berlaku di Dataran DBKL.
"Di sana kita tak cover kecuali cuma memerhatikan tindak tanduk mereka.
"Jadi apabila benda ini dah keluar Youtube dan akhbar dan ada orang membuat laporan barulah kita ambil tindakan," katanya. - sumber

Peguam: Siasatan kes tunjuk punggung 'tak seimbang'
Seorang peguam hari ini menyarankan polis supaya tidak melakukan siasatan terpilih dalam kes seperti tindakan seorang peserta perhimpunan menunjukkan punggung pada gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, tindakan serupa juga sebelum ini dikesan dilakukan sekumpulan individu yang membuat senaman punggung di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Baljit mempersoalkan perkara itu memandangkan sekumpulan pesara tenteradaripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang berbuat demikian pada Mei lalu tidak dikenakan apa-apa tindakan, katanya.
"Kenapa tindakan tidak diambil (dalam kes PVTM?)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sekiranya kes melibatkan insiden di Dataran itu berlarutan ke mahkamah, peguam akan mempersoalkan mengapa berlaku "pilih kasih" dalam kes tersebut, katanya.
Jelasnya, polis tidak mengambil tindakan apabila gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dipijak dan oleh sekumpulan angota pertubuhan PERKASA dalam satu insiden sebelum ini.
Dalam kenyataannya semalam, Lim berkata anggota NGO pro-Melayu itu juga membakar dan gambarnya dalam satu demonstrasi yang diadakan di perkarangan bangunan Komtar di Pulau Pinang.
Mengulas perkara itu, Baljit berkata keadaan itu menunjukkan "keseimbangan" dalam tindakan polis yang menangani kes berkenaan.
"Mengikut perkara ini, betul seperti yang dikatakan oleh (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Dia kata gambar beliau juga dipijak, dan seperti yang berlaku di hadapan rumah Ambiga – tapi tak ada apa-apa tindakan yang diambil.
"Saya lihat tak ada keseimbangan dalam hal ini. Diharap tak ada siasatan terpilih yang dilakukan," kata Baljit yang menambah, individu yang melakukan kesalahan menunjukkan punggung mungkin boleh didakwa kerana mengikut Kanun Jenayah kerana berkelakuan tidak senonoh.
Mengulas mengenai tindakan individu yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada perhimpunan berkenaan, Baljit berkata perkara itu merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.
''Dalam isu bendera, memang kita ada akta yang boleh digunakan sebab melibatkan bendera negara iaitu Akta Hasutan," katanya lagi.
Polis semalam menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun, dari Batu Pahat, Johor di sebuah kolej di Cheras bagi siasatan berhubung insiden menayangkan punggung ketika perhimpunan pada sambutan ambang kemerdekaan itu.
Polis juga meminta individu yang mengibarkan Sang Saka Malaya ketika perhimpunan tersebut supaya tampil bagi membantu siasatan.
Polis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa