Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 14, 2013

Apa Nak Dikatakan Lagi

Apa nak dikatakan lagi
Itu hak rakyat atau 
Kerajaan telah terjerat dengan Akta Perhimpunan Aman ciptaannya sendiri?
Himpunan 12 Jan: PM ucap terima kasih pada Pakatan
Hazlan Zakaria
  • 4:33PM Jan 14 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan penghargaan kepada Pakatan Rakyat atas tindakan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menurutnya menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi kerajaan.

Katanya, walaupun beliau tidak bersetuju dengan pembangkang, beliau berterima kasih kerana kumpulan berkenaan menghormati semangan Akta Perhimpunan Aman.

Beliau berkata demikian semasa pembukaan satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, itu menunjukkan bahawa Islam atau reformasi yang dijalankan BN adalah tepat.

Najib turut memuji pihak berkuasa atas tindakan profesional mereka semasa perhimpunan yang membanjiri Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Dan sekiranya berlaku andai dikata 
dan ditakdirkan PR menang
Terima kasih pula buat PM dan pihak Kerajaan
Peralihan kuasa secara aman tradisi kita, kata PM
Hazlan Zakaria
  • 7:06PM Jan 14 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peralihan kuasa secara amalan selepas keputusan pilihan raya merupakan amalan di Malaysia.

"Kita telah mengadakan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan dan semuanya diadakan dalam penjadualan pilihan raya seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.

"Peralihan kuasa berikutan daripada pilihan raya telah berlangsung dengan aman, ini tradisi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan itu timbul ketika pembangkang mendakwa BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kanan pembangkang Lim Kit Siang sebelum ini mencabar Najib bahawa untuk memberi jaminan bahawa BN akan menyerahkan kuasa secara aman sekiranya ia tewas dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa