Kalau ye pun gentlemenlah sikit
Takyahlah melalut tak tentu hala
Janganlah tunjuk sangat gelabah dan gabra kita tu
Kalau pun marahkan Deepak, janganlah sehingga mengugut rakyat pulak
Ko kemen tentang perkara yang belum boleh dilaksanakan
Yang ko memang dah ada kuasa, laksanakanlah semua yang dirancang
Jangan asyik berjoli dan balun hak rakyat saja
Kalau setakat berikan ikan
Sibodoh pun boleh!
Ini tidak
Lepas satu scandal dua lagi timbul
Itu perkara yang utama yang perlu ditangani
Bukan mengugut orang lain dan analisa tempang tentang orang lain
PRU13 ‘musim gila’
Perdana Menteri berkata, kebelakangan ini banyak cerita karut disiarkan untuk merosakkan imej kerajaan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) yang disifatkannya sebagai ‘musim gila’.
Menurut Najib, kebelakangan ini banyak cerita karut disiarkan untuk merosakkan imej kerajaan.
“Boleh mengkritik tapi jangan sampai mengeluarkan fitnah tanpa berdasarkan fakta,” katanya semasa berucap di Malam Penghargaan Media Massa 2012 di sini malam tadi.
Beliau berkata, agenda transformasi termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperjuangkan Umno jauh lebih bagus dan diterima rakyat.
Berdasarkan analisa, Najib berkata agenda yang dijanjikan pembangkang dalam Buku Jingga tidak akan mampu mengatasi pencapaian dasar transformasi negara.
Katanya, keseimbangan pendapatan dan perbelanjaan negara tidak akan stabil sehingga terpaksa dibebani hutang seperti di Eropah jika negara ditadbir Pakatan Rakyat berlandaskan Buku Jingga.
“Agenda pembangkang secara keseluruhan hanya akan membawa kekecewaan dan kehancuran kepada ekonomi negara,” katanya.
Namun beliau berkata perkara itu tidak akan terjadi kerana melalui dasar keterbukaan dan menerima teguran yang diamalkan Umno akan terus melakukan pembaharuan desupaya terus capai kejayaan pada PRU akan datang.
“Kita sedar kejayaan masa lampau bukanlah sesuatu yang dapat memberi kita kekebalan untuk masa depan kerana ada parti yang dulunya seperjuangan dengan kita tapi hari ini sudah hilang kuasa.
“Kita memberi jaminan Umno tahu membilang undi waktu pemilihannya,” katanya.
Kesimpulan mudah. umno bn kena terima kemungkinan hilang kuasa pada PRU 13 nanti.
ReplyDeletekawin lagi dengan perempuan PUAKA tu
ReplyDeleteConsider to produce a 40 full week agenda for your chosen homeschool curriculumn. Some components come split into 40 weeks. If your own does not, making the effort to organize it this way could be of benefit. This enables you to learn how many hours a day you should allocate for that curriculumn, and when that time determination is reasonable for the little one and family. This sort of advance preparing will help make your homeschooling practical experience a hit. [url=http://www.x21w12w21.info]Pro1122mabl[/url]
ReplyDelete