Memang menyalahi peraturan kerana bilangan perserta dan kehadiran kanak-kanak
Namun biarkanlah pihak polis dan penganjur yang selesaikan
UMNO tak payah mengada-ngada
Polis tahu menjalankan tanggungjawab dan kerja mereka
Macamlah program anjuran UMNO tak ada kanak-kanak!
Ketua Pemuda Umno Perak: #KL112 gagal patuhi syarat
14 Januari 2013
Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun berkata, antara syarat yang tidak dipatuhi itu adalah membawa atau merekrut kanak-kanak bersama mereka menyertai perhimpunan.
“Sudahlah syarat mereka langgar malah ada antara mereka membawa pelekat atau sepanduk menghasut dan ini boleh membawa kepada perpecahan atau permusuhan.
“Bukan itu sahaja, penganjur gagal mematuhi syarat yang dipersetujui iaitu menetapkan bilangan peserta tidak lebih 30,000 orang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.
Khairul Azwan menambah, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, memang menjadi satu kesalahan apabila peserta bawa kanak-kanak.
“Memang hak semua untuk berkumpul di bawah Akta Perhimpunan Awam namun peserta mengeksploitasikannya malah melanggar perintah untuk tidak membawa kanak-kanak.
“APA 2012 sudah nyatakan sedemikian namun mereka degil dan ia amat menyedihkan,” katanya.
Katanya, seharusnya penganjur harus memastikan syarat yang dipersetujui sebelum ini jalankan dan pelanggaran syarat terbabit nyata tidak menghormati perlembagaan negara.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa