Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 12, 2013

Jin Dan Iblis Yang Tak Khatam Berguru!

Lelucon dari Wak Banjar

Tangkal kebal. Berbekalkan beberapa tangkal yg dililit ditubuh, pengganas Kiram maju bertumpuk ke Lahad Datu. Yakin kebal maka bukan saja senjata diangkut belayar, bahkan jin-jin dan iblis juga turut dibawa berkapal ke Sabah. 

Dasar pengamal ilmu tangkal..untuk tahu kebal..kena buka dada tahan peluru yg datang. Jika bom yang gugur..pastikan disambut dengan kedua belah tapak tangan..di lambung-lambung..dan pulangkan semula ke hujung kampung..biar meletupnya hanya sekuat kentut. Kebal yg tidak kesampaian...bila iblis dan jin gempita meraung sakit bila tangkal yg dipuja lebur menjadi tanah terbakar dimamah api meriam dan bom. 

Kebal itu subjektif. Yang untung pawang-pawang haprak yg menjual tangkal utk kebal. Pengganas lupa...mentera yg dibaca oleh pawang tangkal..hanya terbatas untuk kebal dari tetakan parang atau tikaman pisau. Ilmu pawang hanya terbatas kepada senjata melayu terdahulu. 

Tetapi TIDAK kepada peluru ! Hal ini bukan aku yang memandai-mandai kata, tapi jin Gua Bukit Putus yang ku bela dari moyang turun temurun yang bagi tahu. 

Katanya, " sori bro..orang Sulu yg dateng ke Sabah...gelimpangan semuanya..tangkal lilitan kebalnya langsung pusing ke Marudu. Tubuh hancur ditembus peluru. " Aneh...bukankah mereka semua kebal ? " Benarrrrr..mereka kebal..tapi kebal dari tikaman keris, pisau dan parang saja, TIDAK peluru...kerna kitab kebal dari peluru, bom atau apa saja bahannya si pawang kebal bilang, syllabusnya masih dalam karangan Datu-Datu Jin kafir...belum siap...! Masih dikaji oleh pihak Universitas Tangkalan Kebal Sisulu, Lalu manteranya terbatas kepada parang dan pisau aja. 

Jika yg dateng itu peluru atau bom...elok saja lari terus...jangan di tunggu...kerna...kalo di tunggu...bisa mengundang mati, mampos kamu ! 

* PENGGANAS SULU TEWAS MUDAH DI SABAH, KINI SUDAH TERJAWAB !!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa