Dakwaan ekonomi bangkrap adalah kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.
“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.
“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.
kerja sapa suka perbodohkan rakyat
ReplyDeleteBuat kenyataan macam ini, Tun Musa Hitam tak takut digantung tugas ke macam CEO bank Islam tu...kah...kah...
ReplyDeleteaik! musa hitam! beli insuran nyawa ka?
ReplyDeleteTahniah kepada Tun Musa Hitam.
ReplyDeleteBerkata benar memang perit diterima oleh penyokong-penyokong UMNO dan saya percaya Tun memang telah mengkaji Buku Jingga ini secara mendalam tanpa prejudis
Tabek springg untuk Tun.