Tapi takpa, pasti ada yang bangang akan akur!
Pantau pengamal media maya
9 Mac 2013
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kes melibatkan Naib Presiden PKR, Tian Chua perlu dijadikan pengajaran oleh badan pemantau yang bertanggungjawab, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar mengambil tindakan lebih tegas.
“Siasatan segera perlu dilakukan dan SKMM mesti mengenal pasti ketulenan ucapan Tian Chua di dalam portal KeadilanDaily.com. Ini penting bagi membuktikan ucapannya itu bukan dimanipulasikan oleh mana-mana pihak seperti yang didakwa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Dewan Jubli Intan Pontian, di sini, semalam.
Ahmad berkata, SKMM hendaklah segera melakukan siasatan ke atas pengamal media maya yang menggunakan kebebasan bersuara di negara untuk melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab.
“Kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan tidak seharusnya disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan serta keresahan kepada rakyat,” katanya.
Ditanya mengenai video nyanyian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut ‘Sabah bakal hilang’, Ahmad menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian kerana video berkenaan mula tersebar pada penghujung tahun lalu.
Katanya, sama ada penyebaran video itu secara kebetulan dirancang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau mempunyai kaitan dengan kejadian di Lahad Datu, hanya Ketua Umum PKR itu sahaja yang mengetahui.
Mat Getah ni tak habis2 bodohnye..Sabah bakal hilang nyanyian DSAI tu maknenya hilang dari genggaman BN lol.Sape lantik org tolol jadi menteri?
ReplyDeleteberangan la Sabah akan dpt pd PR. yg bodoh dan bangang mcm lembu dan keldai tak ramai di Sabah...jd tak adanya dia orang nak bagi pembohong laknatullah macam Anwar tu menang. kirim salam...
ReplyDeleteKo tu lembu...
ReplyDelete