Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 9, 2013

Tun Mahathir Mohammad sudah lari?

Oleh: anaabdullah
Selesai solat jumaat, penulis didatangi salah seorang Jemaah dan berkata, Tun Mahathir Mohammad “lari”. Lari ke mana pulak?

Terkejut penulis apabila dengar perkataan Tun Mahahtir lari. Lari ke mana pula? Ini pasti berita yang diberi nama “kahbar angin”. Tidak boleh dipercayai.

Berita direkacipta oleh seseorang atau pihak tertentu untuk meburuk reputasi bekas perdana menteri diberi tugas berkempen untuk pihak Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita boleh terima jika Tun Mahathir Mohammad Keluar Negara. Bukan lari ketika berlaku pembunuhan terhadap Ibrahim Libya di Memali dulu.


Tun Mahathir ke luar negara atas nama lawatan rasmi ketua negara di negara tertentu atas jemputan ketua negara terbabit.

Buat apa beliau lari. Apa kena mengena dengan kes percerobohan di Lahad Datu? Dia bukan perdana menteri. Dia bukan apa apa lagi dalam kerajaan satu Malaysia.
Ker kerana dia terbabit dengan penjualan kad pengenalan kepada rakyat Filipina yang dikatakan mencerobaohan Malaysia?

Apa kaitan dengan kes percerobohan tersebut. Kalau tiada kaitan, mengapa mesti lari. Apa yang hendak ditakutkan.

Hendak kata dia ada kaitan dengan kes kecurian minyak sejumlah RM 252 juta oleh kapal Indonesia baru baru ini mustahil.

Setahu penulis, Tun Mahathir pergi buat lawatan di Parlimen Pasir Mas jumpa Ibrahim Ali dengan tujuan untuk menolong orang sudah  panas punggung mencari tempat untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Ibrahim Ali kelihatan tak tentu arah dah. Jadi macam tak keruan apabila dekat PRU 13 yang akan diadakan April ini. Macam juga Tun Mahathir yang kelihatan sudah mengidap penyakit takut bayang-bayang sendiri.

Ker, kerana Tun  Mahathir orang penting dan ada pawer dalam Petronas?. Tetapi mana mungkin ada kaitan dengan kes KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor kerana mencuri minyak.

Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang  pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.

Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa