Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 4, 2013

PRU13: 'Referendum' Politik Perkauman Dan Mentaliti Rakyat Malaysia

Mentaliti rakyat Malaysia
Kita tengok berapa peratus yang bertahap 'longkang' atau tahap 'haiwan yang ditabur makanan'!

PRU13 akan menjadi ‘referendum kepada politik perkauman’
APRIL 04, 2013
KUALA LUMPUR, 4 April — Pilihan Raya 2013 bukan sahaja dijangka menjadi paling sengit dalam sejarah akan tetapi akan menyaksikan sama ada pengundi memilih untuk meneruskan polisi berdasarkan etnik atau menamatkan politik berasaskan kaum, kata rakyat biasa Malaysia dan penganalisis.
Dalam laporan New York Times sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen, politik berasaskan kaum Malaysia digambarkan sebagai ketinggalan zaman berdasarkan temu bual dengan orang muda Malaysia dan penganalisis politik.
“Ini adalah referendum kepada politik berasaskan kaum,” kata Ibrahim Suffian (gambar), pengarah agensi tinjauan bebas Merdeka Center.
“Gabungan pemerintah terus berhujah sistem sedia ada membawa kestabilan. Pembangkang lebih banyak bercakap tentang politik berasaskan kelas, bukan kaum.”
Barisan Nasional (BN) sebahagian besarnya terdiri daripada parti-parti politik berasaskan kaum, tiga parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) pula terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Tetapi pengkritik menegaskan pihak PR juga secara umumnya berasaskan kaum, dengan DAP sebahagian besarnya Cina dan PAS majoritinya Melayu-Islam. PKR mempunyai bilangan signifikan bukan Melayu tetapi sebahagian besarnya masih sebuah parti Melayu.
Kedua-dua parti yang berlawan telah mendapati sukarnya untuk mengoncangkan legasi politik berasaskan etnik.
Apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara empat tahun lalu, beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, akan tetapi golongan konservatif dalam Umno mengheret parti itu ke kanan dalam banyak isu.
Namun, rakyat biasa Malaysia muncul lebih mudah menyesuaikan diri dengan dunia yang berubah-ubah.
“Bagaimana kita mempunyai negara berasaskan kaum — ia seperti Afrika Selatan 30 tahun dahulu,” kata Nariza Hashim, ibu kepada lima orang anak di Kuala Lumpur, dikelaskan sebagai Melayu walaupun mempunyai asal-usul termasuk India, Cina dan Scotland kepada New York Times.
Menurut laporan tersebut, atuknya adalah di antara pemimpin awal Umno tetapi Nariza mengatakan klasifikasi etnik oleh negara membingungkan anak-anaknya.
“Mereka betul-betul tidak faham mengapa kita perlu tanya tentang kaum seseorang dalam borang kerajaan,” katanya.
The New York Times melaporkan golongan muda Malaysia semakin sinis terhadap mesej paternalistik ini dari pemimpin BN.
“Banyak yang saya tahu mengenai apa yang berlaku di negara ini datang dari apa yang kawan-kawan saya kongsikan di Facebook,” kata Pei Ting Tham, 27 tahun.
Berbanding dengan pilihan raya sebelumnya, “orang lebih sedar apa yang berlaku kali ini”, katanya kepada New York Times.
“Ini adalah satu pilihan raya di mana pembangkang mempunyai peluang untuk menang — yang mereka tidak pernah ada pada masa lalu,” kata Ibrahim dari Merdeka Center.
Beliau berkata cabaran bagi kerajaan adalah untuk memenangi pengundi baru yang kelihatan “lebih cenderung” untuk mengundi pembangkang.
The New York Times juga menyatakan satu lagi cabaran bagi gabungan pemerintah adalah untuk memenangi semula pengundi Cina.
“Kita selalu diingatkan bahawa kita bukan rakyat sepenuhnya,” kata Tham.
Beliau menegaskan terdapat sejenis kebangkitan di kalangan pengundi Cina.
“Kita semua rakyat. Kita semua perlu untuk mendapatkan wang. Kita semua perlu menghantar anak-anak kita sekolah,” katanya.
Najib berkata semalam beliau mengharapkan majoriti yang “lebih kukuh” dalam Pilihan Raya 2013.
Beliau mensasarkan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020 dengan program transformasi ekonomi (ETP) bernilai $444 bilion.
Beliau telah memberi amaran berulang kali kemenangan pembangkang boleh menyebabkan ketidakstabilan sosial dan ekonomi.
Dasar sosial dan ekonomi yang berasaskan kaum telah mendefinasikan pemerintahan BN kerana ianya menyalurkan kekayaan kepada etnik Melayu, yang membentuk kira-kira separuh daripada penduduk, berbanding Cina yang mendominasi ekonomi sejak rusuhan kaum tahun 1969.
Pelan utama program transformasi ekonomi Najib, berdasarkan pelaburan besar awam dan swasta, telah mempunyai beberapa kejayaan awal tetapi pengkritik mengatakan ia terlalu bergantung kepada perbelanjaan awam dan risiko mengembangkan hutang negara yang sudah pada 53 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.
Kekurangan undian pendapat yang boleh dipercayai menjadikan sukar untuk meramal keputusan pilihan raya.
Beberapa pihak meramalkan pembangkang bakal mendapat keputusan sama pada tahun 2008, menyebabkan saham turun 10 peratus di Kuala Lumpur.
Reuters melaporkan semalam Morgan Stanley mengatakan dalam satu nota pada Rabu jika kerusi parlimen BN di bawah 55 peratus, akan dilihat sebagai “risiko negatif oleh pelabur dan mungkin akan memberikan implikasi kepada kestabilan kepimpinan dan negara”.
Satu tinjauan baru-baru ini oleh Universiti Malaya menunjukkan parti pemerintah berada pada 42 peratus sokongan berbanding dengan 37 peratus oleh pembangkang, akan tetapi terdapat 21 peratus pengundi masih membuat keputusan.
Pada bulan Februari, Merdeka Center menunjukkan kedudukan kelulusan Najib pada 61 peratus, turun 10 mata sejak akhir tahun 2011. Gabungan BN dipimpinnya kurang popular, hanya berada pada 45 peratus

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa