Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 13, 2013

Sempitnya Otak Orang Tua Ni!

Selama ini bukankah kerajaan yang memerintah dengan lantangnya melaungkan Malaysia Negara Demokrasi
Jadi bukankah kemasukan ke mana saja mana-mana parti politik adalah memenuhi hak demokrasi?
Jadi kenapa bising itu dan ini?
Seorang pemimpin sepatutnya tidak berpendirian dan mempunyai taraf fikiran yang sempit begini dengan menuduh itu dan ini yang sepatutnya menjadi hak rakyat untuk memilih

Pakatan mahu rakyat bergaduh
Dhia Daniel| April 13, 2013
PKR, DAP dan PAS mahu melihat orang Sarawak bergaduh sesama sendiri kerana disebabkan perpecahan dalam fahaman politik, kata Alfred Jabu.
SRI AMAN: Kehadiran pihak pembangkang dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini hanyalah bertujuan untuk mewujudkan perbalahan  dari segi politik dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan  Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera Peringkat Negeri Sarawak Zon Selatan di Dewan Suarah Sri Aman.
Katanya mereka datang ke negeri ini untuk menabur segala fitnah dengan tujuan agar sokongan rakyat berbilang kaum terhadap Barisan  Nasional (BN) kian lemah dan memberi keuntungan politik terhadap parti pembangkang itu.
“Gabungan parti dalam Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan PAS mahu melihat orang Sarawak bergaduh sesama sendiri kerana disebabkan  perpecahan dalam fahaman politik.
“Namun begitu tindakan mereka nyata masih gagal. Ia terbukti apabila BN Sarawak berjaya meraih 77.5 peratus kemenangan dan  memperoleh dua pertiga majoriti kerusi membentuk kabinet kerajaan pada Pilihan Raya Negeri 2011 lepas,” katanya.
Sementara itu pemberian bantuan ASB Sejahtera kepada keluarga miskin tegar terpilih di negeri ini, kata Jabu, sekali gus membuktikan  bahawa kerajaan BN sememangnya mendahulukan hidup rakyat.
Ia turut disokong dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) selain perlaksanaan projek pembangunan yang mencakupi nilai  tambah ringgit di negeri ini.
“Kuasa rakyat akan terus utuh sekiranya mereka masih menyokong BN. Justeru saya berharap agar rakyat tidak mudah terjerat dengan  umpan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini nanti,” katanya.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda Pembangunan Luar  Bandar Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pertanian Datuk Mong Dagang, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar
Bandar Datuk Haji Chaiti Bolhasan dan penyandang kerusi Parlimen Sri Aman Masir Kujat.
Jabu menerusi majlis itu telah menyampaikan bantuan ASB Sejahtera kepada 111 orang peserta dari kawasan Zon Selatan iaitu Kuching,  Samarahan, Sri Aman dan Betong bagi sesi tahun 2012.
Setiap peserta disediakan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk dilabur bagi perolehan saham ASB dengan pulangan berbentuk dividen  tahunan hasil dari pelaburan terbabit diberi kepada mereka

2 comments:

  1. baguslah kalau bagitu beri bantuan ketika rakyat sudah terdesak disamping mengaut keuntungan moral diketika PRU13 diSemenanjung dan Sabah akan diadakan tidak lama lagi,nasib Serawak akan ditentukan dalam PRU Serwak pula nanti , tunggulah rakyat akan menentukan ,taburlah seberapa yang ada sekarang,jangan lupa Ketua Menteri sendiri talah salah gunakan kuasa yang diberi oleh rakyat,jadi lihat dan tunggulah bila sampai waktunya,kami rakyat Serawak telah sedar betapa bodohnya kami selama 40 tahun berlalu,dimana KM kami telah menyalah guna kuasa terhadap harta rakyat pribumi yang selama ini mati-mati kami yakin yang KM kami seorang yang amanah.Tunggu kami rakyat Serawk sendiri akan menjatuhkan seorang KM yang tidak perihatin keatas kesusahan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Apai Jabu. Anang nuan bejako baka nyak baka anembiak form 1. Malaysia tok menoa demokrasi. Mensia maioh bebas ngena, enda tau parti sidak nya pilih. Nuan nyadi emosi laban maioh urang PBB pansut parti. Nyak jako aku.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa