Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 21, 2013

Gila: Tak Bolehkah Kalau Tak Gaduh?

Patutlah apa jenis sukan pun yang di bawah Pengurusan Melayu tak maju-maju!

Mahaleel tempelak Rashid
Oleh Mohd Hilmie Hussin
Kuala Lumpur: “Siapa ludah siapa? Rashid Sidek menandatangani kontrak bersama sebuah kelab di India sedangkan terikat dengan kami dari Januari 2013 hingga Disember 2014,” kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berang tindakan jurulatih kebangsaan itu meletak jawatan atas alasan tidak sesuai bekerja dengan sistem baru diperkenal badan induk itu.
Tengku Mahaleel ketika mengadakan sidang akhbar tergempar semalam bagi menjawab alasan diberikan Rashid, menuduh jurulatih itu yang ‘menyeleweng’ daripada tugasannya apabila terbabit dengan Liga Badminton India (IBL) apabila menandatangani kontrak setahun bersama kelab Delhi Smashers. 
“Kami ada bukti berdasarkan akhbar India yang melaporkan Rashid mengikat kontrak bersama kelab itu ketika masih terikat dengan BAM. Mana boleh seorang pekerja ada dua majikan pada satu masa, kami akan menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap Rashid,” kata Tengku Mahaleel. 

Sebelum ini Rashid menyatakan mendapat pelepasan daripada majikannya, iaitu pengurusan lama BAM, namun Tengku Mahaleel menegaskan perkara itu tidak pernah berlaku dan pada masa sama beliau turut tidak membenarkan Pengurus Besar BAM Kenny Goh menjawab sama ada pengurusan lama sedar mengenai perkara itu atau sebaliknya.
MAHALEEL berang dengan kenyataan Rashid.

“Kami akan merujuk kepada kelab di India, jika benar Rashid menandatangani kontrak, kami akan teruskan prosedur terhadapnya.”

1 comment:

  1. Kalo beri bunga pada beruk mahalil ni, nilah jadinya. Tak nak mengaku bodoh. Patutlah kena buang dari proton. Bodoh rupanye dia ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa