Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 22, 2013

Korang Agak Siapa Yang Bohong?

Siapa tidak bercakap benar?

Kuala Lumpur: Siapa sebenarnya berbohong – Rashid Sidek atau Persatuan Badminton Malaysia (BAM) – berhubung kontrak dua minggu yang ditandatangani jurulatih itu dengan kelab badminton India, Dehli Smashers yang beraksi dalam Liga Badminton India (IBL)?

Bagi kebanyakan orang adalah mustahil untuk mempercayai Rashid menandatangani kontrak dengan kelab berkenaan tanpa kelulusan dan pengetahuan BAM sedangkan dia masih mempunyai kontrak dengan badan induk itu. 


Turut menjadi persoalan, adakah pengurusan BAM tahu dan memberi kelulusan kepada seorang lagi jurulatih, Tey Seu Bock yang menandatangani kontrak membimbing satu lagi kelab India yang beraksi dalam IBL, Mumbai Masters? 

Namun, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh terus bertegas semalam dengan menegaskan pengurusan lama badan induk itu yang diterajui Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh tidak mengetahui apa-apa perkara berkaitan kontrak ditandatangani Rashid. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa