Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 20, 2013

Apa Pun Yang Aku Nampak Adalah Kerana 'Lubuk Emas' Di Dalam UMNO!

Mukhriz kata dia bertanding VP Bukan untuk mewujudkan dinasti Mahathir
Anak Sanusi Junid pula kata dia bukan proksi Mahathir
Tapi lazimnya di dalam UMNO yang dinafikan itu adalah realiti!

Akhramsyah nafi jadi proksi Dr Mahathir
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 20, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 20, 2013 01:09 PM
Calon Ketua Pemuda Umno, Akhramsyah Sanusi hari ini menafikan beliau berada dalam proksi mantanPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu.
Beliau berkata, pencalonannnya kali ini tidak didorong oleh mana-mana pasukan dalam Umno tetapi hanya mahu mendapat sokongan akar umbi.
"Saya tidak menyebelahi pihak tertentu. Proksi saya adalah kekuatan akar umbi dan saya sangat bersyukur sekiranya pihak yang menyokong saya datang daripada pihak mempunyai pengaruh.
"Saya membuat pemantauan selama tiga minggu sebelum berkeyakinan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno," katanya pada sidang media mengumumkan pencalonannnya di Kuala Lumpur hari ini."Saya tidak memilih. Orang kebanyakan menyokong pun, saya bersyukur kerana mereka yang menjadi perhatian saya.
Akhram berkata, pencalonannya kali ini disebabkan banyak rintihan dari peringkat akar umbi yang diterimanya mengatakan Umno tidak lagi dapat menjaga kebajikan mereka.
Katanya, rintihan yang diterimanya juga hasil sentuhan kepimpinan Pemuda Umno sedia ada yang tidak berjaya sampai ke bawah selain sayap itu tidak dilihat sebagai kumpulan pendesak untuk memperjuang agenda Melayu.
"Berdasarkan apa yang kita lihat pencapaian Umno dalam pilihan raya umum lalu, parti ini bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina tetapi orang Melayu yang tinggal di bandar serta generasi muda.
"Jika Umno masih gagal yakinkan rakyat, bagaimana untuk menang dalam pilihan raya umum ke-14 kelak," katanya yang yakin berjaya merebut jawatan itu daripada penyandang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, melihat kepada kedudukannya yang 20 tahun menyertai Umno selain memegang jawatan tertinggi dalam syarikat carigali minyak antarabangsa, beliau mampu membawa perubahan dalam sayap Umno itu.
Katanya, bagi mengelak pencalonannya ditolak, rujukan dengan pelbagai pihak dalam Umno dibuat untuk memastikannya pencalonannya nanti berjalan lancar.
"Saya melihat penyandang sekarang masih belum menemui formula untuk menang. Memang tidak dinafikan beliau adalah penyandang tetapi beliau juga ada tanggungjawab dalam kementerian. Justeru saya melihat kelebihan itu boleh diatasi meskipun saya orang baru untuk jawatan tersebut.
"Sistem pemilihan terbuka kali ini memberi lebih suara kepada pewakilan memilih pemimpin berwibawa kerana jika dahulu mereka yang bertanding hanya perlu berkempen kepada kira-kira 800 pewakilan yang hadir di Kuala Lumpur tetapi kini suara pemilihan lebih besar iatu kira-kira 75,000 pewakilan dalam Pemuda Umno akan memilih ketua mereka," katanya yang sudah memulakan kempen dan akan lebih menggiatkannya bermula esok.
Akhram yang juga anak kepada bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid itu adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau dan kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke London dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Kimia.
Menyusur sejarah keluarga, beliau berkata, nenek dan moyangnya pernah menjadi wakil rakyat dan gabenor di Aceh, Indonesia.
Ahli Umno Cawangan Bendang Baru, Langkawi itu mendapat keahlian parti pada 1994 dan menyifatkan parti Umno masih relevan dalam perjuangannya.
Setakat tengah hari ini, pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila yang terbaru Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, mengumumkan untuk bertanding.
Malam tadi media melaporkan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali turut menyatakan hasrat sama.
Semasa pemilihan parti 2008, Khairy menghadapi pertandingan tiga penjuru iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo.
Khairy memperolehi 304 undi dengan mengalahkan Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232 undi).

Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini. - 20 September, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa