Published: Jumaat September 20, 2013 MYT 6:07:00 PM
Updated: Jumaat September 20, 2013 MYT 6:08:23 PM
Updated: Jumaat September 20, 2013 MYT 6:08:23 PM
Bekas Komander Tentera Thai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chin Peng
BANGKOK: Seorang bekas komander tentera Thai pada Jumaat memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng di kuil Wat That Thong di mana upacara pengebumian berlangsung.
Jeneral Pisarn Wattanawongkiri dilaporkan sebagai perantara antara bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pihak berkuasa, merenjiskan air wangian pada mayat Chin Peng dan berdoa.
Mayat Chin Peng, ditutupi dengan kain putih, tiba dari hospital pada 16 September pada pukul 2.35 petang (3.35 petang waktu Malaysia) dalam sebuah van dan dibawa ke dalam bilik sembayang berhawa dingin.
Kira-kira 30 orang, termasuk ahli keluarga dan mereka yang lain ingin mengucapkan takziah berada di kuil.
Sami Buddha akan mengendalikan ucapara sembahyang dan pengebumian sehingga pembakaran mayat dilakukan pada petang Isnin.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa