Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 29, 2013

Kisah Yang Menyentuh Hati

Seorang bayi berumur dua tahun menyantuni ibunya!

Sedih! Ibu Tersedar Koma Selepas Dengar Rintihan Anak (2 Foto)

 | September 29, 2013

Sedih! Ibu Tersedar Koma Selepas Dengar Rintihan Anak (2 Foto) | Betapa kasihnya seorang kanak-kanak kecil terhadap ibunya yang sedang koma. Sering berada di sisi, bercakap seolah-olah hanya dirinya sahaja yang mendengar. Namun kata-kata si kecil ini tidak sia-sia, tetapi secara tidak langsung telah memberi ibunya satu kekuatan untuk tersedar semula daripada koma. Memang benar, jika seseorang itu koma kita hendaklah sentiasa membisikkan kata-kata semangat terhadapnya biar pun mungkin ia antara dengar atau sebaliknya.
koma
Son Gao Qianbo with mother Zhang Rongxiang
CHINA– Kasih ibu dan anak tiada batasannya. Meskipun baru berusia dua tahun, namun seorang kanak-kanak mengenali erti kasih sayang daripada ibunya yang terlantar di atas katil selepas tersedar daripada koma selama sejak 2010.
Zhang Rongxiang amat bertuah kerana mempunyai anak kecil seperti Gao Qinbao.
Wanita itu mengalami koma pada 2010 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tanpa disedarinya ketika dia sedang hamil.
Ketika doktor memberitahu suaminya, Gao Dejin bahawa isterinya tidak akan pulih lagi, mereka juga memaklumkan kepada lelaki itu bahawa isterinya sedang mengandung dan bayi dalam kandungan terselamat daripada nahas itu.
Selama lima bulan Gao Dejin menjaga isterinya di rumah hinggalah Gao Qianbo dilahirkan menerusi pembedahan di hospital.
Sejak itu kanak-kanak berkenaan berada di sisi ibunya dan dengan kuasa Tuhan, pada bulan Mei lalu, wanita itu tersedar daripada koma selepas mendengar suara anaknya, yang tidak pernah dikenalinya sejak dilahirkan.
Selepas tersedar daripada koma, Zhang Rongxiang hanya mampu menelan makanan, namun tidak mampu mengunyah makanan pejal.
Mujurlah ada Gao Qianbo yang membantu ibunya dengan mengunyah makanan itu dan meluahkan ke mulut ibunya.
Nyata kasih sayang dua beranak itu menyentuh perasaan sesiapa yang melihatnya.
Keluarga berkenaan kini mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan saudara mara mereka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa