Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 15, 2013

Adakah Raihan Juga Akan Karam Di Dalam Politik Sebagaimana Bapanya?

Kaki bodek dan ampu sudah mula golek dan gelek.....

Raihan Sulaiman Palestin bukan AJK Umno Kulim/Bandar Baharu
Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu menafikan bahawa Raihan Sulaiman Palestin (gambar) yang berhasrat mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno ialah anggota jawatankuasa (AJK) bahagian itu.
Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Husain Abdul Rahman, berkata pihaknya juga meragui taraf Raihan sebagai anggota Umno mana-mana cawangan.
"Raihan pernah menjadi ahli Umno di bahagian ini kira-kira 20 tahun lalu, tetapi dia berpindah, kemungkinan menukar cawangannya, tetapi mengikut maklumat yang saya dapat, dia bukan lagi ahli Umno di mana-mana cawangan," katanya.
"Kami harap dengan penafian ini dapat menjelaskan kedudukan bahawa bahagian ini tidak tahu menahu berhubung hasrat Raihan itu," katanya.Beliau berkata, pihaknya ada menerima beberapa panggilan bertanyakan status Raihan serta dakwaan bahawa beliau AJK di Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu.
Raihan seperti yang dilaporkan media berhasrat mencabar Shahrizat untuk jawatan ketua Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan.
Dalam kenyataannya, Raihan berkata keputusan itu dibuat kerana beliau mahu membuka lebih banyak laluan kepada anggota Wanita Umno untuk tampil bertanding sebagai pemimpin pergerakan pada pemilihan kali ini. - Bernama, 14 September, 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa