Sebuah buku yang diterbitkan di Sepanyol mendakwa Jose Mourinho menangis apabila mengetahui David Moyes dipilih untuk menggantikan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United yang baru.
Pendedahan itu dimuatkan di dalam buku bertajuk Preparense Para Perder (‘Get Ready to Lose’ (Bersedia untuk Kalah) dan diterjemahkan oleh wakil El Pais di Real Madrid, Diego Torres yang cukup terkenal di Sepanyol kerana tulisannya yang banyak mengkritik Mourinho, presiden Los Blancos Florentino Perez dan ejen pengurus berkenaan, Jorge Mendes.
Torres mendakwa di dalam buku barunya itu bahawa pengurus Chelsea berkenaan terlalu ingin menggantikan Ferguson di Old Trafford dan menganggap hubungan rapatnya dengan bekas pengurus kelahiran Scotland itu bermakna beliau berada dalam kedudukan terbaik untuk menggalas tugas berkenaan.
Menurut petikan laporan yang diterbitkan di El Pais, Mourinho begitu emosional apabila berita disiarkan 8 Mei lalu bahawa Ferguson memilih Moyes sebagai penggantinya.

“Jose Mourinho tidak berhenti memanggil pekerja (agensi sukan Gestifute),” kata Torres.
“Mereka yang bercakap dengannya boleh mendengar suaranya yang sebak dan cerita itu tersebar. Orang yang paling ditakuti dalam syarikat itu kini hancur.”
Torres menulis bahawa Mendes bekerja lebih keras daripada mana-mana ejen dalam memastikan Mourinho mendapat jawatan di United, malah menurut buku berkenaan, hubungan agensi sukan Gestifute dengan kelab bola sepak Inggeris yang rapat sejak beberapa tahun ini sepatutnya memberi kelebihan kepadanya.
Bagaimanapun Ferguson dan beberapa tokoh kanan United termasuk Sir Bobby Charlton tidak pasti mengenai gaya Mourinho yang tidak menentu dan memilih untuk mendapatkan khidmat Moyes.
Apabila beliau mendengar bekas pengurus Everton itu menewaskannya untuk mendapatkan jawatan berkenaan, Mourinho menjerit: “Beliau (Moyes) tidak menang apa-apa!”
Torres berkata Mourinho menyalahkan kegagalannya mendapatkan tugas di United disebabkan sikap ‘tidak setia’ yang ditunjukkan pemain Madrid yang selama ini mempunyai hubungan dingin dengannya di mana pengurus berkenaan meninggalkan pasukannya menjelang perlawanan menentang Malaga yang berkesudahan menang 6-2 di Estadio Santiago Bernabeu.
Petikan itu turut mendedahkan bahawa kakitangan Gestifute ‘membocorkan’ cerita kepada media pada hari berikutnya iaitu 9 Mei dan berkata Mourinho lebih senang mengambil tugas di Chelsea memandangkan isterinya mahu tinggal di London.
Sementara itu, jurulatih kelahiran Portugal itu kemudiannya memberitahu dirinya dan Ferguson sudah pun membincangkan mengenai masa depan mereka tetapi pada masa sama sentiasa bersedia untuk pulang ke Stamford Bridge. - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa