Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 13, 2013

Nampaknya Kita Tidak Akan Terlepas Juga Dari Jerat Ini!

Penangguhan baru-baru ini hanyalah kerana Pilihanraya
Bukan kerana bantahan rakyat
Bila dah disahkan berkuasa kita akan dikenakan juga....

Kerajaan akan guna budi bicara laksana AES: JPJ
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem itu kelak.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad berkata antara perkara yang akan diambil kira ialah lokasi pemasangan kamera AES. 
"Sebelum ini, pemasangan AES terikat kepada perjanjian. Mengikut perjanjian, sebanyak 1,093 kamera AES akan dipasang di seluruh negara dan kadar sama ialah RM300 bagi setiap kesalahan. 

"Apabila kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES, kita ada formula lain dan boleh guna budi bicara. Lokasi pemasangan akan mengikut keutamaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata selain mengutamakan laluan dengan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu, lokasi pemasangan kamera AES juga akan mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). -BERNAMA

1 comment:

  1. apa boleh buat masih ramai suka masuk jerat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa