Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 13, 2013

Gila! Kepala budak diacu pistol

London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna laman sosial.
Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, usaha mereka terhalang ekoran kurangnya maklumat mengenai asal usul gambar itu.
Foto terbabit menunjukkan seorang wanita muda tersenyum sambil mengacu pistol antara dua mata kanak-kanak yang berusia sekitar dua tahun.
Tiada maklumat mengenai bila dan di mana gambar itu diambil, tetapi kelihatannya berasal dari laman Facebook warga Argentina sebulan lalu.
Kemungkinan kedua-duanya adalah penduduk Amerika Latin. Imej itu mencetuskan panik hingga mendorong penulis blog berkempen menentang penderaan domestik.
Seorang bekas mangsa penderaan berkongsi foto itu mengatakan: “Jika ada sesiapa yang boleh membantu kami mencari kanak-kanak itu, tolonglah buat sesuatu. “Seorang bayi boleh mengalami trauma seperti mangsa penderaan yang lain - dan ini adalah satu bentuk penderaan.” Ramai pengguna Facebook menyuarakan kemarahan terhadap foto itu dengan sesetengahnya menyifatkannya “benar-benar jahat.” Tidak diketahui sama ada pistol dalam gambar itu senjata betul atau pistol mainan. - AFP

1 comment:

  1. Walaupun aksinya hanya bergurau tapi bole menjadi ikutan pada orang yg tak berakal nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa