Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 12, 2013

Anjing Tersepit Cuba Menggigit?

Polisi Kerajaan atau projek kroni?
Kalaulah Keling, Kelinglah juga....

Jika Projek IC polisi kerajaan, Anwar patut tahu, kata Dr Mahathir
SEPTEMBER 12, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 12, 2013 04:31 PM

OLEH DIYANA IBRAHIM

Sekiranya "Projek IC" menjadi agenda kerajaan ketika zaman pemerintahannya, Tun Dr Mahathir
Mohamad (gambar) menegaskan timbalannya yang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti akan menghentikan projek berkenaan.

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah kerana mereka mengetahui polisi kerajaan.
"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir, 88, semalam berkata beliau tidak pernanh mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya telah disalah guna."Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.
“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI.
Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.
“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.
Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak perlu arahan berikutan ia adalah proses biasa.
Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang.
Beliau bagaimanapun berkata sering terjadi arahannya disalahertikan oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Katanya, beliau selalu mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet untuk menjelaskan lagi arahannya bagi memastikan arahannya itu jelas dan difahami. – 12 September, 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa