Published: Khamis September 26, 2013 MYT 4:38:00 PM
Updated: Khamis September 26, 2013 MYT 4:42:15 PM
Updated: Khamis September 26, 2013 MYT 4:42:15 PM
CCTV Akan Dipasang Di Kem PLKN - Hishammuddin
KLUANG: Lebih banyak langkah keselamatan akan dilaksanakan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berikutan kematian seorang pelatih di kem Rompin baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan memandang serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan penuh.
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui tidak sedarkan diri di atas lantai di bilik mandi di kem Pinggiran Pelangi pada Ahad lalu.
Dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala yang mungkin disebabkan dihentak berkali-kali oleh ia terbentur yang berkali-kali ke almari.
Tiga pelatih ditahan bagi membantu siasatan.
Hishammuddin berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan bahawa insiden seperti itu tidak berlaku lagi.
kan lebih baik tutup aje kem plkn dan hapuskan latihan khidmat negara ni,dah le m embazir,langsun g takde apa2 faedah pun....poraaaaah
ReplyDeletecikmatgelap
ReplyDeletesaya setuju benar. memang tadak pekdah. yang ada pekdahnya ialah kontraktor!