Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 14, 2013

Ulama PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR

SEPTEMBER 14, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 14, 2013 03:11 PM
Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.
"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.
Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.
Multaqa Ulama PAS yang diadakan di Alor Setar hari ini.Multaqa Ulama PAS yang diadakan di Alor Setar hari ini.Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.
Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.
"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun. - 14 September, 2013 

6 comments:

  1. Pemimpin PAS ini memang tidak reti politik dan memang bodoh. Itu sebab di Kedah dan Terengganu mereka hanya dapat pegang satu penggal sahaja. Saya pernah berkesempatan satu waktu dulu dapat berbual dengan beliau di satu mesyuarat agung kawasan yang beliau merasmikannya di Kedah. Pada pendapat saya pemikiran beliau hanya sesuai untuk jadi guru pondok sahaja. Saya rasa saya masih tidak salah. Masih ramai laagi species yang seumpama ini dalam PAS terutama sekali di T'ganu. Maaf ini hanya pendapat peribadi sahaja.

    ReplyDelete
  2. biarlah mrk mengaku sbg ulamak
    biarkan mrk perasan sbg ulamak

    biarkan biarkan
    biarkan mrk syok sendiri
    biarkan mrk nih yg tak sedar diri

    sape yg iktiraf mrk sbg ulamak?
    adakah ALLAH & nabi iktiraf mrk??

    adakah krn utusan meloya iktiraf mrk sbg ulamak???
    adakah krn pentaksub2 lebai kopiah jubah memuja2 mrk sbg ulamak????

    wajarkah sebutan 'ulamak' mnjd bahan
    ..bahan utk mnjd kan seseorg itu 'perasan'?????

    yg selalu 'perasan' adalah budak2 yg masih hingusan!!!!

    biarkan mrk terus perasan!

    ReplyDelete
  3. Dia tu spy Umno ke?..patut le PAS tak pernah lePAS dari pemikiran yang jumud & tak terbuka minda selagi dipimpin oleh "ulama" mcm tu. PAS ni hanya utk "ulama" sahaja ke?.

    ReplyDelete
  4. Semasa PAS menerajui Trengganu dulu, TGHA, Mustaffa Ali, Hassan Shuri, Harun Taib dan kuncu-kuncu inilah yang mntadbir negeri. Satu penggal saja bungkus. Mereka inilah puak yang memberi nama buruk kepada PAS. Satu penggal saja dah kantoi. Semua orang boleh beri 'fatwa' apa yang mereka suka. Tetapi track rekod.... O. Di Kedah pun sama halnya. Apa pencapaian PAS di sana. Tengok di Selangor... banyak kejayaan di tunjukkan. Jadi rakyat sokong lagilah. Orang sekarang dah cerdik. Mereka tau yang mana satu tong kosong yang mana satu ada isi. Jangan marah.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju sangat. Ustaz Harun Taib ni ada lembab sikit. Macam mana dia boleh pegang Majlis Ulama saya tak faham.

    ReplyDelete
  6. duduk surau je ler...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa