Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 28, 2013

Tembak Lagi.......

Dah jadi pekan Golok tahun 70'an

Empat peluru masuk kepala
Johor Bahru: Seorang lelaki mati ditembak dengan empat das tembakan di kepala yang dilepaskan dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu ditembak pada jam 8.25 malam oleh individu tidak dikenali.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berada berhampiran kawasan kediaman ahli kongsi gelap Geng 36 dikenali sebagai Teratai Boy, 35, yang terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di persimpangan lampu isyarat Lebuh SPA (Sungai Udang-Paya Rumput)-Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) pada jam 9.20 pagi, 13 September lalu.
Teratai Boy dipercayai pernah mengganas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulai Pinang.
Difahamkan, mangsa berasal dari Kedah dan datang ke situ dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Asisten Komisioner Nor Azizan Anan berkata, Proton Perdana berkenaan pula didaftarkan di atas nama individu lain.
“Dia ditembak di kepala oleh individu tidak dikenali. Suspek kemudiannya melarikan diri dan siasatan di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru masing-masing jenis Thai Arms dan Wcc.
“Semakan dengan ahli keluarga pemilik Proton Perdana berkenaan juga mendapati mereka tidak mengenali mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut Nor Azizan, identiti mangsa masih dalam siasatan dan akan didedahkan dalam tempoh terdekat.
“Kami juga sedang menyiasat tujuan mangsa datang ke lokasi terbabit selain berusaha menjejaki suspek.
“Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mangsa mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa