Karpal kata kenyataan Zahid 'tak masuk akal'
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan "tidak masuk akal" kerana menafikan bahawa cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mengandungi peruntukan bagi penahanan tanpa bicara.
Katanya, kenyataan itu juga "memalukan diri sendiri" kerana Ahmad Zahid menurutnya tidak memahami undang-undang yang dicadangkan itu.
"Dia tak faham, tidak tahu (apa yang dituturkannya sendiri) dan dia perlu dapatkan nasihat undang-undang sebelum bercakap.
"Ia cuma akan memalukan dirinya sendiri," katanya dalam sidang media selepas berucap di kongres khas DAP hari ini.
Menurut Karpal, individu yang ditahan mengikut undang-undang berkenaan tidak boleh mencabar pendakwaan ke atas mereka kerana semakan kehakiman terhadap penahanan hanya terhad kepada perkara yang bersifat prosedur semata-mata.
"Tiada semakan kehakiman yang meliputi habeas corpus dan arahan lembaga hanya boleh dicabar atas dasar prosedur, dan bukannya atas dasar substantif.
"Ini tidak masuk akal kerana yang pentingnya bukan prosedur tetapi substantif," katanya pada sidang media selepas kongres khas DAP tengah hari tadi.
Zahid semalam dilaporkan menyatakan bahawa individu yang ditahan dibenarkan untuk mencabar keputusan lembaga pencegahan jenayah.
Tegasnya, tidak ada perkara seperti penahanan tanpa bicara (di bawah cadangan pindaan) PCA.
Ahmad Zahid berkata keputusan lembaga itu untuk mengarahkan seseorang ditahan di bawah perintah tahanan boleh tertakluk kepada semakan semula oleh Mahkamah Tinggi.
Beliau menegur pihak tertentu yang telah melihat pindaan PCA secara negatif.

Assalamualaikum Uncle;
ReplyDeleteKebodohan dan Kebangangan Menteri2 Malaysia tiada siapa yang boleh sangkal lagi.
Jika di negara luar, menteri2 mereka jika didapati rasuah, sudah tentu akan letak jawatan, malahan di Jepun lebih dasyat lagi.
Tetapi di Malaysia, saksi pula akan mati di bunuh, hahahaha... hebat kaannnn...
W'salam anakanda Isa
ReplyDeleteItulah Malaysia yang serba canggih dan super bagus.....
Rakyat pula dilembukan, ikut jer.....