Nak intip sape?
Dahlah melanggar peraturan
Pasang sebelum kelulusan.....
Dahlah melanggar peraturan
Pasang sebelum kelulusan.....
SMK Seri Sentosa diarah buang kamera di tandas
Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa membuang kamera TV litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tandas di sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh berkata pemasangan kamera itu tidak sesuai dan sekolah itu telah diarahkan untuk membuangnya serta merta.
"Isunya ia di tandas. Oleh kerana kita merasakan kurang sesuai, kita telah memberi arahan kepada mereka supaya CCTV tersebut dibuang daripada kawasan tandas. Serta merta," katanya di Putrajaya.
Akhbar berbahasa Inggeris theSun melaporkan pada Selasa, sekolah itu telah memasang 64 kamera CCTV yang bernilai RM100,000 pada Mac lalu - tiga bulan sebelum mendapat kelulusan kementerian berkenaan.
Laporan itu memetik ibu bapa yang tidak dinamakan sebagai berkata mereka menyedari perkara itu pada Isnin dan sekaligus membantah pemasangannya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa