Itu adalah kata-kata dari anak Maidin
Hakikatnya.....wallahu aklam!
Mungkin ya dan mungkin tidak
Rakyat yang menilai....
Hakikatnya.....wallahu aklam!
Mungkin ya dan mungkin tidak
Rakyat yang menilai....
Kombinasi Mukhriz, KJ transformasi Umno
26 September 2013
KOMBINASI antara Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir untuk saling menang memenangkan dalam persaingan kepucuk pimpinan Umno adalah sangat diperlukan bagi transformasi imej Umno.
Kemenangan kedua mereka; Mukhriz sebagai Naib Presiden Umno dan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno pastinya akan memberikan suatu imej baru yang meyegarkan dan meyakinkan tidak sahaja kepada gulongan muda dalam Umno tetapi juga generasi baru Melayu di luar Umno dan juga bukan Melayu.
Kedua mereka mempunyai kualiti dan keupayaan masing- masing untuk menjadi gandingan yang kuat dan mantap bagi penerusan kepimpinan masa depan negara.
Kita boleh bayangkan kemantapan imej baru Umno kepada negara kiranya Khairy menjadi Ketua Pemuda dan Mukhriz menjadi Naib Presiden Umno .
Setakat ini mereka telah menunjukan gaya kepimpinan yang menghayati harapan harapan baru dan tentunya akan dapat menarik lebih ramai anak muda memyertai Umno
Ini juga akan dapat mengelakan kepupusan Umno seperti yang dibimbangkan oleh pemimpin teragung negara Tun Dr.Mahathir.
Walaupun keduanya berseteruan politik, tidak sekadarkan antara mereka tetapi juga antara bapa mertua dan bapa sendiri tetapi hal ini tidak seharusnya menjadi warisan dan sewarjanya Mukhriz-Khairy menerima logik politik "tidak ada musuh yang kekal dalam politik,yang kekal hanyalah kepentingan diri atau kepentingan bersama." Masih tidak terlewat untuk bermula dari saat ini.
Khairy dan Mukhriz mestilah berganding bahu , harus dapat datang kepada suatu persafahaman kerjasama diatas sikap rasional untuk membuktikan kepada bangsa dan negara bahawa dalam keadaan yang runcing, mereka lebih mementingkan perpaduan dan kepentingan negara.
Bukan masanya sekarang untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri. Khairy telah belajar dari kesilapan terlalu bertakbur dan terburu-buru untuk naik keatas dan Mukhriz juga telah belajar untuk mendapat faedah dari kesabaran.
Mulai hari ini Mukhriz dan Khairy mestilah mencari jalan untuk saling bantu membantu bagi menjadikan Pilihanraya Umno yang paling demokratik kali ini suatu sejarah besar kearah mentranformasikan Umno kepada kekuatan bagi pembinaan suatu bangsa yang sanggup menghadapi cabaran zaman.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa