Dua lagi muka baru mahu cabar Khairy
Dua lagi muka baru menawar diri untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno yang kini disandang Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Khairy bakal berdepan cabaran oleh ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali dan penolong setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.
Seorang lagi yang telah menyatakan kesanggupan untuk mencabar Khairy sebelum ini ialah anak bekas setiausaha agung UMNO, Akramsyah Sanusi Junid.
Laporan Utusan Malaysia menyebut, Karim akan menyerahkan borangnya esok dan bertanding demi "mengembalikan kepercayaan anggota masyarakat terutama golongan muda dalam parti."
Sinar Harian pula melaporkan Syed Rosli yang berusia 37 tahun itu "tidak sabar" untuk menyerahkan borang pencalonannya di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra esok.
Menurut Rosli, beliau tidak gentar bertanding kerana merasakan sudah tiba masanya pergerakan itu dipimpin oleh pemimpin dari peringkat akar umbi.
Dalam pemilihan parti 2008, Khairy berdepan dua calon - anak kepada bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo.
Khairy memenangi pertandingan tersebut walau hanya mendapat 53 pencalonan dalam sistem lama pemilihan, berbanding 62 pencalonan diperolehi Khir dan 74 yang diperolehi Mukhriz.
Dalam pemilihan kali ini, Mukhriz yang juga menteri besar Kedah mengelak dari bergeser dengan Khairy sekali lagi dengan mensasarkan jawatan naib presiden.
Mukhriz ketika mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan itu semalam tampil dengan slogan "Berani Berubah", selepas bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan saranan agar perubahan dilakukan dalam Umno untuk menampilkan pemimpin muda, terutama di peringkat majlis tertinggi.

Rasa pelik ler dengan perkataan slogan2 nie. Macam cara yahudi berkempen je..Tak tahulah kalau pemilihan pemimpin zaman kegemilangan Islam dulu pun guna slogan juga.
ReplyDelete