Khalid Samad nafi cadang Sultan tiada kuasa untuk melantik MB
Terdapat juga portal berita tertentu yang menggambarkan saya berkata demikian dan mungkin saya akan pertimbangkan untuk membetulkan tajuk berita mereka
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan bahawa beliau pernah mencadangkan jawatan Menteri Besar Selangor tidak boleh diputuskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pengguna Internet yang telah memberikan pandangan supaya Sultan tidak sepatutnya diberikan hak untuk melantik MB kerana negara kita menjalankan sistem raja berperlembagaan.
“Pengguna internet, ahli akademik, dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan seperti itu.
“Terdapat juga portal berita tertentu yang menggambarkan saya berkata demikian dan mungkin saya akan pertimbangkan untuk membetulkan tajuk berita mereka,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.
Cadangan oleh para pengguna internet tersebut timbul apabila berlakunya krisis MB di Selangor selepas PAS mencalonkan dua nama bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
“Apabila pergi mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR), PAS mengemukakan dua nama, tetapi Azmin telah memberi laluan kepada presiden partinya.
“Buat masa ini PAS telah buat keputusan jawatan MB untuk Selangor kekal dalam tangan PKR,” jelasnya.
Katanya lagi, walaupun PAS menamakan orang dalam PKR, mereka akan tetap menarik diri dan beri laluan kepada keputusan presiden parti mereka.
“Pencalonan nama Azmin Ali oleh PAS sahaja tidak cukup untuk mendapat persetujuan majoriti dalam PR. Ini kerana Wan Azizah yang telah mendapat sokongan majoriti dalam ketiga-tiga parti dalam PR.
“Pada kefahaman saya, sepatutnya Selangor ini diserahkan kepada PKR. Kita tak nak berebut dan biar Sultan yang pilih,” ujarnya.
Tajuk yg bermain dgn api.ingatkan dah reda.rupa rupa nya para pencacai dna umno masih tak berpuas hati.gasak ko ler pencacai.
ReplyDeleteKena faham maksud dan fungsi "Raja Berpelembagaan". Zaman British rakyat yang berjuang maka Raja juga senang lenang, zaman Jepun rakyat juga yang berjuang maka Raja juga yang senang lenang. Jepun menyerah kalah dan British kembali - Raja sanggup menerima apa sahaja sebagai syarat British janji mereka masih senang lenang maka rakyat juga yang derita dan seronok menjadi hamba seumur hidup - Raja juga yang senang lenang.
ReplyDeleteDi Indonesia yang ada hanya Presiden. Dahulunya mereka pun ada Raja tetapi kini tiada lagi kerana mereka adalah manusia bijaksana yang tidak mehu hidup sebagai hamba. Di negara ini nampaknya terutama Melayu memang suka jadi hamba dan balaci untuk seumur hidup mereka. Sampai berapa keturunan lagi perlu mereka menjadi hamba pun kita masih tidak tahu, mungkin muncul seorang PM yang subjektif seperti Tun Mahathir untuk 50 tahun akan datang yang berani menyatakan kebenaran dan membebaskan minda dan diri rakyat yang sudah terlalu lama bodoh dan dibodohkan lagi oleh heraki politik bangsa yang cukup tidak berakal dan otak kemetot walaupun mengamalkan Islam 1000 tahun lamanya lagi (Islam menggalakan penganutnya menjadi hamba kah?)
ReplyDeleteLORD REID kata yea , "mu bonggok mu dengor ambo cakap mu bonggok mu dengor"
ReplyDeleteagak nya kalau LORD REID boleh cakap dari kubor sudah di kata kan bonggok doh !!!!
rakyat hidup sampai mati pun ikut kata LORD REID yang terang terang lahanat Yahudi nak hancur Islam.
Di akhirat raja mcm mana ada payung kuning kaa hahah
ReplyDelete