OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 17 August 2014
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan bahawa pertubuhan itu akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya akan terus kekal relevan memperjuangkan hak orang Melayu, kata Syed Hassan Syed Ali (gambar).
Setiausaha agung Perkasa itu berkata pertubuhan itu tidak pernah mengadakan perbincangan untuk menjadi sebuah parti politik, namun akan terus bergiat aktif menyedarkan masyarakat Melayu mengenai parti politik yang harus diundi menjelang pilihan raya.
“Perkasa akan kekal menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang paling relevan bertambah pula keahlian Perkasa seluruh negara mencapai hampir 600,000 orang.
“Perkasa akan terus bersuara lantang tanpa rasa takut dengan kritikan, cemuhan dan serangan dengan bahasa kasar oleh sesiapa sahaja demi mempertahan hak orang Melayu dan Bumiputera serta kesucian Islam yang berterusan dipersoalkan dan dihina oleh pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media hari ini melaporkan semua pemimpin Perkasa negeri Pahang meletakkan jawatan apabila badan itu cuba terlibat dalam pilihan raya umum akan datang.
Tindakan itu dilakukan berikutan Perkasa Pahang tidak bersetuju dengan pertubuhan itu yang didakwa mahu menjadi sebahagian dari badan politik dan terlibat dalam pembentukan pasukan khas PRU14.
Yang Dipertua Perkasa Pahang Datuk Dr Abdul Wahid Abdul Manap berkata beliau bersama 19 ahli jawatankuasa (AJK) lain di peringkat negeri meletak jawatan hari ini selepas dimaklumkan pertubuhan itu mahu menjadi sebuah badan politik sebagai 'kuasa penawar' kepada orang Melayu.
Syed Hassan berkata Perkasa Pahang akan segera mencari pengganti pemimpin negeri baru dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.
Katanya, 90% pimpinan Perkasa Pahang sedia ada masih mahu kekal memimpin selepas menerima penjelasan mengenai surat pekeliling disampaikan dengan salah maksudnya dalam mesyuarat petang semalam.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Perkasa Pahang yang kekal dan tidak berundur kerana sudah banyak menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit sepanjang bersama Perkasa.
“Perkasa Pusat akan memastikan pemilihan pimpinan baru Perkasa Pahang lebih aktif turun ke bawah ke seluruh kawasan Parlimen bagi membuatkan masyarakat merasai kehadiran Perkasa di tempat mereka seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin Perkasa negeri yang lain,” katanya.
Bagaimanapun, Syed Hassan berkata tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana ahli Perkasa untuk bertanding dalam pilihan raya kerana ia juga berlaku dalam NGO lain.
Katanya, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sendiri pernah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dan bekas naib presidennya menjadi calon Barisan Nasional di Parlimen Shah Alam.
“Sesiapa pun berhak untuk bertanding seperti mana pada PRU13 yang lepas. Perkasa tidak boleh melarang mana-mana ahli yang mahu bertanding atas tiket Bebas. Bukankah ada ahli NGO lain juga bertanding tiket Bebas sebelum ini?
“Perkasa akan kekal menjadi sebuah NGO pilihan utama orang Melayu dan Bumiputera,” katanya. – 17 Ogos, 2014.

Jangan jadi Perkasa, tanya umno mana rezah Melayu yang yang dekat 45% hagus.setakat melalak hidup melayu, hak melayu habis terjual.
ReplyDelete