Kalau PAS gagal mengambil iktibar dari sejarah, entahlah!
Pada aku PAS sekarang dikepalai oleh orang-orang yang gagal
Berjayakah seseorang ketua politik bila kecewa dan gagal mempertahankan dua negeri yang di dalam genggamannya sebelum ini?
Dan tidak mustahil dalam PRU14 nanti Kelantan juga akan melayang kalau mereka berperangai syok sendiri ini
Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib
Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.
"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.
Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.
"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.
"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.
"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.
Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.
Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.
"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.
"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.
"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014.
Tuan
ReplyDelete"Berjayakah seseorang ketua politik bila kecewa dan gagal mempertahankan dua negeri yang di dalam genggamannya sebelum ini?"
Dalam kes kejatuhan Terengganu siapa MB? Apa jawatan ex MB PAS yang sepenggal didalam PAS sekarang.
Agak-agak hebat tak kepimpinan dan politik ex MB PAS Ganu sepenggal ini? Kalau hebat sekurang-kurangnya boleh le bertahan 23 tahun seperti kerajaan PAS TGNA kan.? Expectation kita sebab semua kata dia hebat patut-patut bol3h tahan lagi lama dari TGNA menjadi MB dan sepatutnya pentadbiran Terengganu menjadi contoh sampai bila-bila bagaimana nak perintah secara Islam.
Ex MB ni lelaki tau bukan perempuan. Dengan track record dia yang sepenggal tu takde hak nak pertikaipun pencalonan DSWA. Kang kalau DSWA boleh memerintah Selangor lagi lama dari ex MB PAS Ganu ni, kat mana nak sorok muka?
Abe bercakap tentang terengganu tetapi abe gagal memahami permainan spr diterengganu.itu kelemahan abe.jam berapa pusat mengundi ditutup ketika itu?berapa peratusan mengundi ketika itu?ketika itu abe,pengundi dari perak dibawa utk mengundi diterengganu abe.sayang bila kita komen seolah olah kita handal tapi hakikat nya kita tidak tahu fakta.
DeleteAnon 9:40
DeleteJangan jadikan SPR alasan. SPR bukan sahaja buat kerja kotor di Ganu tahun 2004. Semua negeri dia buat kerja jahat untuk memenangkan UMNO.
Jika kerajaan pakatan yang membentuk kerajaan negeri memerintah dengan baik, rakyat akan m3nyokong mereka sepenuhnya dan akan membantu mengagalkan sebarang usaha SPR tersebut. Lihat contoh kerajaan TGNA. UMNO dan kerajaan pusat buat macam-macam nak tekan kerajaan TGNA, rakyat Kelantan akan beramai-ramai mempertahankan Kerajàan TGNA.
Saya ceritakan l ce4ita bagaimana anak muda Kelantan balik mempertahankan kerajaan TGNA. KJ dah susun program untuk tawan Kelantan. Pemuda UMNO sediakan bayak bas untuk anak muda Kelantan pulang dari KL. Anak-anak muda ini balik menaiki bas-bas tajaan P3m7da UMNO Malaysia. Mereka ambik duit poket yang diberi oleh Pemuda UMNO Malaysia. Mereka mendengar kempen-kempen UMNO sepanjang perjalanan dari KL. T3TAPI APABILA BAS-BAS TE4SEBUT MEMASUKI GUA MUSANG- MEREKA MULA B3RTAKBIR MENYOKONG KERAJAAN TGNA. Terkedu berok pengiring-pengiring pemuda UMNO yang mengiringi mereka.
Jangan buat alasang SPR.
Buat susahje nak tegur pemimpin
ReplyDeleteyg terlebih ego .
Tak sedar mereka berjaya bukan kerna
Bagus ,
Rata2 dah fed-up dgn drama Pas.
President dan groupnya tinggi celupar
Naib dan timbalan terpaksa cover ,
Raut wajah telah menghuraikan
Segalanya ,
Isu MB Selangor telah serlahkan sikap
Mereka,
PAS Sudah tukar jadi FAIL,
Ahli 2 pas tak berani nak tukar President ke?
Abe
ReplyDeleteJika kita lihat tindakan TGHH dan gengnya dalam isu MB Selangor ini kita naik pelik. Kita pun nampak tindakan-tindakan tersebut tak masuk akal dan nampak sangat sabotaj kerana dengan pengetahuan cetek kita tindakan-tindakan ters3but bukan Islamik. Apatah lagi TGHH tidak memberi hujah-hujah akal atau syarie yang kita boleh faham.
Tindakan-tindakan ini seolah-olah sengaja dibuat supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan. Mengapa PAS tetap menegaskan akan bersama-sama Pakatan tetapi tindakan-tindakannya seperti mahu ditendang keluar.
Setelah beberapa minggu memerhati perkembangan yang berlaku , baru sekarang semua tindakan-tindakan TGHH mula menampakkan tujuan sebenarnya.
Memang TGHH dan geng UG mahu PAS ditendang keluar dari Pakatan. Mereka tidak boleh membawa PAS keluar dari Pakatan kerana keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun 2008 dimana 2 perkara dasar ditetapkan: pertama, PAS menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, membuat keputusan yang PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.
Sebab keputusan muktamar tersebut masih menjadi dasar PAS sehingga hari ini, puak UG perlu meminta satu muktamar khas PAS jika mereka mahu mengubah keputusan muktamar Ipoh dan meminta muktamar khas ters3but meluluskan keputusan baru mengantikan keputusan muktamar Ipoh untuk bekerjasama dengan UMNO.
Persoalannya beranikah TGHH dan puak UG ini memanggil muktamar khas ini?
Saya rasa mereka tak berani k3rana akar umbi PAS majoriti menolak idea UG ini. Beranilah mereka m3nghadapi muktamar 2014 bulan september ini dan pemilihan PAS tahun depan jika mereka cuba memanggil muktamar khas ini? Silap-silap dalam pemilihan tahun depan, pemberontakan tahun 1982 dulu mungkin berulang.
Jadi s3bab itulah kita melihat berbagai sabotaj dilakukan ol3h puak UG ini sejak Muktamar Ipoh tahun 2008 untuk memecahbelah Pakatan dan meruntuhkan Pakatan. Siri sabotaj yang kita lihat sekarang adalah supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat.
Apabila PAS ditendang keluar dari Pakatan, k3putusan muktamar Ipoh yang masih berkuatkuasa sekarang akan gugur secara otomatik.Jadi puak UG mempunyai kerja yang lebih mudah sedikit bagi mendapat mandat baru untuk bekerjasama dengan UMNO.Lagipun PAS sudahpun bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pers3kutuan secara tak rasmi atau gelap.
dh x efisen lg ltk jwtn le, ni tdk, nk pgng jwtn smpai org bnci, sdgkn dh x berkblhn, pndai agama bkn bererti bijak politik, tgk mcm anwr ibrahim dh truji kluar msuk pnjjra, itupun dia x angkuh dan sombng
ReplyDeleteYang buat komen2 menghentam Presiden Pas tak payahlah sorok2 kununnya mereka ahli Pas. Bau tulisan pun dah tahu kamu semua adalah cai2 upahan PKR yang kerja kamu ialah untuk memecahbelahkan Pas supaya PKR boleh angkat tangan konon juara!! Sudahlah. Serbu kali kamu buat kerja jijik ini ahli2 Pas tak termakan umpan. Dan analisa Mat Taib jauh melencong. Kawasan2 PR menang denga bantuan bukan melayu adalah ditandingi oleh PKR. Pas menang kebanyakan di kawasan majoriti Melayu; jadi macamana buat kira2 gunakan formula salah? Dan yang pastinya dengan perangai gelojoh PKR untuk jawatan MB serta sikap kurang sopan mereka terhadap istana; yang pasti orang2 Melayu di kawasan2 dimenangi PKR akan lari. dan sekiranya Pas tidak lagi bersama PR, Pas boleh bertanding di kawasan2 PKR untuk meraih kemenangan yang lebih besar.Mahu bertaruh?
ReplyDeleteKesian saya pernah tengok pas letak calun dlm hutan yang pengundinya semua monyet pun kalah
DeleteYg hairannya isu MB Trenganu ari tu..Pas jd mcm kena nasi kankang dgn Umno..tpi isu MB selangor Pas dah jd terlebih dos pulak...
ReplyDeletebrApa umno bayar utk PAs lalok sampai mcm ni..
Mmg tindakan PAS semakin memualkan.kenyataan2 dr beberapa kerat pemimpinnya amat merugikn.nsrdn tantawi umpamanya,tahap bebalnya semakin tebal.perbandingan yg dibuatnya seolah2 dia baru sehari dua je terlibat dlm arena ini.sikap segelintir mereka ini benar2 mrrosakkan PAS.mereka sibuk dgn istilah2 arab supaya nampak hebat tp tindakan lembab.tiada ketangkasan dlm segenap isu.membisu dgn penyelewengan n rasa selesa lps menang.menikam organisasi sewaktu pru lps disegarkn oleh isu mb selangor.alasan berubah2.memang memualkan.
ReplyDelete