Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 31, 2014

Ahli Politik Bankrap: Cer Teka Siapa Yang Tun Musa Maksudkan?

Putrajaya punca Melayu jadi rendah diri, kata Musa Hitam
Published: 31 August 2014
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2014.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan masyarakat Melayu menjadi hilang keyakinan dan rendah diri akibat daripada pendirian Putrajaya dalam menangani isu.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Musa berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.
"Putrajaya beberapa kali mengatakan mereka mensasarkan peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara kepada 30% pada 2020.
"Tapi, kerajaan tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila mengatakan  pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini adalah 24%. Kita menipu diri sendiri apabila menunding jari kepada kaum Cina. Tiada yang sempurna," kata Musa.
Musa yang juga pengerusi untuk Yayasan Ekonomi Islam Dunia semasa ditemui di  pejabatnya berkata isu kaum yang sering dimainkan oleh ahli politik memberi imej tidak baik kepada negara.
"Hanya ahli politik bankrap berterusan menggunakan agama dan kaum untuk meraih sokongan.
"Jangan salah anggap pada saya, saya adalah ahli Umno yang setia walaupun saya tidak  bercakap seperti ahli Umno yang kebiasaannya," katanya.
Bagi Musa, masyarakat Melayu khususnya tidak boleh lagi mengikut cara pemikiran seperti 50 tahun dahulu, sebaliknya perlu pandang ke hadapan.
"Kita tidak boleh guna lagi cara pemikiran 50 tahun lalu, kita perlu melangkah dan pandang ke depan," katanya.
Menurut Musa, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun  Abdul Razak Hussein bertujuan meningkatkan kehidupan kaum Melayu.
"DEB diperkenalkan untuk tingkatkan masyarakat Melayu di Malaysia dan membuang rasa rendah diri mereka," kata Musa.
Beliau menerangkan, sekarang lebih ramai Melayu berjaya yang dilahirkan dan ketika ini berada dalam kumpulan kelas pertengahan dalam Malaysia.
"Orang Melayu ini boleh berfikir sendiri, secara rasional dan matang," kata Musa.
Bagaimanapun, Musa menyifatkan terdapat percanggahan antara generasi sedia ada dengan  pemimpin tertentu di Putrajaya kerana mereka berada di dalam dua arus berbeza.
"Sesetengah pemimpin tidak searus dengan mereka yang dilatih," katanya.
Beliau memberi contoh semasa sedang bercuti dengan isterinya di Johor dan sedang makan di  Plaza Damas.
"Sekumpulan 30-40 remaja Melayu singgah di restoran tempat saya dan isteri sedang makan. Ada daripada mereka kenal saya dan menyapa saya.
"Selepas bertukar kata, salah seorang remaja tersebut bertanya kepada saya sama ada boleh berkongsi sesuatu dengan saya. Saya  kata boleh, apa salahnya. Kemudian remaja tersebut memberitahu saya tanpa rasa bersalah bahawa mereka anti kerajaan," kata Musa.
Musa kemudian berkata kepada remaja tersebut bukanlah satu kesalahan untuk anti kerajaan,  tetapi sebaliknya mencerminkan gambaran sebenar persepsi generasi sekarang terhadap  kerajaan sedia ada.
"Sebilangan orang mengambil mudah dengan mengatakan pemimpin Melayu adalah faktor  terpenting, tapi sebenarnya lebih banyak cabaran lain yang kita hadapi dalam masyarakat  yang lebih terbuka sekarang," katanya.
Musa juga kesal dengan kenyataan pemimpin politik kerana bercakap tanpa melakukan kajian  terlebih dahulu.
"Saya juga kecewa dan sedih dengan komen dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin sekarang  ini.
"Mereka seolah-olah tidak membuat kajian dan kerja rumah sebelum bercakap sesuatu.
"Malah kebanyakan mereka bercakap dahulu dan kemudian bila tersalah, baru tersedar sudah  terlambat untuk menarik kenyataan tersebut," kataya.
Lebih memburukkan keadaan adalah apabila pentadbiran sedia ada tidak mampu menangani isu  sensitif seperti agama.
"Masyarakat Melayu seolah-olah terkeliru tentang agama, bukan Melayu pula kebingungan  dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan di Putrajaya," katanya.
Musa merujuk kepada tuntutan oleh penganut Kristian dalam isu kalimah 'Allah', kemelut  yang berpanjangan hinggalah ia dibawa ke Mahkamah Persekutuan tahun ini.
"Apa sahaja hujah yang dibangkitkan, fakta mudah tentang itu ialah keputusannya yang hanya orang Islam di Semenanjung boleh menggunakan perkataan 'Allah'," katanya.
Musa terkejut dan tidak menjangkakan isu tersebut diperbesarkan sehingga terpaksa  diselesaikan ke mahkamah.
"Jika kamu yakin dengan agama kamu, tidak perlu risau jika bukan Melayu menggunakan  perkataan 'Allah'," katanya.
Menurut Musa, ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan antara 1978 hingga 1981, beliau  didatangi wakil daripada masyarakat Kristian untuk berbincang mengenai penggunaan Bible  dalam bahasa Malaysia.
"Ketika itu, kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia oleh semua kaum, termasuk  Kristian," katanya.
Musa berkata kebenaran diberikan untuk mengimport Bible berbahasa Malaysia ke dalam  negara, tetapi ia mesti mematuhi syarat tertentu.
"Syaratnya termasuklah Bible tersebut mestilah untuk kegunaan sendiri, perlu disimpan dalam gereja dan tidak boleh dijual secara terbuka luar dari gereja," katanya.
Bagi Musa, keputusan tersebut adalah tepat dan berjaya dikompromi hinggalah ianya  diselesaikan secara senyap dan baik.
"Jika mahu semua menggunakan bahasa kebangsaan, tidak wajar membuat sekatan atau menghalang," kataya.
Sama juga dalam isu hudud, Musa berkata tiada pendirian tegas disuarakan oleh Putrajaya malahan menunjukkan kegagalan untuk mendapat kesepakatan untuk menangani undang-undang kontroversi tersebut.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia tidak bersedia untuk hudud,  kemudian Pemuda Umno kata, siapa yang kata mereka menentangnya?" kata Musa.
Musa mempertikaikan mengapa semua pihak tidak duduk semeja dan berbincang secara rasional sebelum membuat pendirian yang melulu dan tidak cekap itu.
"Lakukan kajian dan rasionalisasikan, beri penjelasan. Sekarang ini semua orang boleh buat kenyataan tanpa usul selidik," katanya.
Melihat situasi yang berlaku dalam negara sekarang, bekas ahli politik berusia 80 tahun  tersebut mengakui sedikit tertekan dan kecewa.
"Malaysia berisiko menjadi negara gagal kerana tidak tahu menangani kejayaan yang dikecapi dan selok-belok politik.
"Semestinya ada yang positif, orang luar kagum dengan Malaysia dan infrastrukturnya. Mungkin mereka beranggapan rakyat Malaysia gembira dan baik hati," katanya.
Musa juga mengulas kehilangan majoriti dua pertiga dalam dua pilihan raya umum, situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara.
"Malaysia perlu belajar untuk menghayati erti demokrasi dan sedia untuk kalah," kata Musa.
"Kita berbangga dengan diri sendiri sebagai demokratik dan mengamalkan gaya politik  Westminster," katanya.
Dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013, Barisan Nasional buat kali pertamanya berdepan situasi sukar menghadapi pembangkang Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan  DAP.
"Demokrasi juga bermakna memahami peranan kritikan dan mampu menerimanya," kata  beliau.
Musa berkata kemodenan yang dikecapi ketika ini mengubah segalanya, menyifatkan "demokrasi  digital" sudah tiba dan penuh dengan liku-liku, sama ada kepada kerajaan mahupun masyarakat.
"Demokrasi digital sudah tiba di dunia ini, ia tidak dapat dijangka, terbuka, baik dan boleh juga menjadi kejam," katanya.
Harapan Musa sempena kemerdekaan ini ialah, Allah akan menyelamatkan negara dan membawa kita ke arah jalan yang lurus. – 31 Ogos, 2014.

6 comments:

  1. Presiden Pas, TGHH wajib mengundurkan diri dlm politik kerana dasar2 beliau dan konco-konconya sudah tidak sesuai dlm arus politik negara masyarakat majmuk skrg.

    Khidmat TGHH hanya sesuai dgn jawatan barunya selaku naib presiden ulamak dunia. Di situlah peranan TGHH, ulamak2 seangkatan serta pengikut2 beliau sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Bro.. lu islam ke sekular

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bagitau tindakan-tindakan TGHH dalam kemelut MB Selangor be4mula dengan mengeluarkan kenyataan peribadi bercanggah dengan keputusan mesyuarat majlis presiden yang dia tak hadir mendahului mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 ogos - tindakan sekular atau tindakan Islamik?

      Jawapan kepada soklan sdra sama dgn jawapan kepada pertanyaan ini.

      Delete
  3. Bro..siapa yg memulakn masalah di sel? Di bwh tski di sel byk menafaat yg tidak boleh di nafikn
    1) duit 3 billion
    2) air percuma
    3) tiada rasuah
    4) byk majlis ilmu
    5) sar diperkasa kan
    6) hubungan baik dgn ker pusat demi rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja Sarimah,

      Jawatan MB yang disandang oleh TSKI bukan jawatan koperat yang hakiki bagaimana tuan punya syarikat menghadapi hostile takeover dari pihak luar. Ia jawatan politik. Dia dilantik oleh parti malah jawatan itu sendiri adalah jawatan parti berdasarkan parti itu adalah kerajaan dipilih melalui pilihanraya yang sah.

      Jika kita faham konsep asas ini kita tidak akan keliru dengan permainan puta4 belit yang b3gitu banyak ters3bar hari ini.

      Delete
  4. Kalau negeri sendiri dah kalah, jangan ganggu negeri lain.Mula janji nak kerja sama lawan mungkar la ni lain cerita pula. Dah tahu pihak keris karat pengkianat bangsa dengan menjual hak tanan rezab Melayu ke asing, lagi nak harap mereka.Selagi orang Melayu senang di beli oleh kaum lain dan menipu ugama sendiri selagi itu lah kita tak maju.Jangan banyakkan koperat Melayu cuma nak perkaya anak beranak dan kroni parti dan kaya yang sangat melampau serta hilang ketaatan pada Allah SWT.Ingat duit modal mereka ada lah duit rakyat bukan duit nenek moyang mereka.Dalam Al Quran Allah SWT menceritakan bagaimana sesuatu bangsa di hancurkan di sebabkan terlalu bermewah mewah, riak dan tekabur oleh kerana leka adan lalai oleh kesenangan hingga lupa hak Maha Pencipta.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa